[VIDEO] Titip Pesanan Buat Orang ‘Single’, Ayat Ryan Bakery Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

Pada hujung minggu lalu, personaliti media sosial iaitu Ryan Bakery telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya. Majlis pernikahan pasangan itu juga turut disiarkan menerusi siaran langsung di akaun Tik Tok miliknya untuk ditonton oleh para pengikut yang turut sama teruja melihat hari bersejarahnya.

Namun di sebalik kemeriahan majlis pernikahan itu, muncul pula isu yang mencetuskan rasa kurang senang netizen susulan sebuah video yang tular ini. Menerusi video yang dimuat naik ini, salah seorang kenalan Ryan Bakery telah memintanya memberikan pesanan kepada golongan ‘single’ atau mereka yang masih belum berkahwin.

Dengan nada berseloroh, Ryan memberitahu kepada golongan bujang untuk tetaplah hidup walaupun dianggap ‘tidak berguna’ kemudian disusuli dengan gelak ketawa mereka di atas pelamin. Video dengan durasi 10 saat itu kemudian tular dan menerima reaksi negatif dari netizen yang menganggap gurauan itu tidak kelakar.

“Teruskanlah hidup walau tidak berguna.”

Malah kebanyakan netizen merasakan Ryan tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati mereka yang masih lagi belum berkahwin. Menurut netizen, kebanyakan yang masih bujang lebih berguna dari yang sudah berkahwin kerana berkorban menunaikan tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa yang sudah uzur.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan kecaman terhadap Ryan Bakery susulan isu yang tular itu. Namun dalam masa yang sama, ada juga yang memahami maksud Ryan yang hanya bergurau sahaja memandangkan ayat tersebut pernah trending di Tik Tok pada satu ketika dahulu.

KOMEN NETIZEN:

“Kali ni tak kelakar Ryan. Walau akak dah nikah, gurauan jangan berlebih sangat…”

orang single

“Aku single sebab jaga mak aku Ryan. Celah mana tak berguna tu? Harap lebih berhati-hati bila bercakap.”

ryan

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*