Ibu Str0k Tertinggal Ic Di Rumah, Pegawai Bank Dipuji Sanggup Datang Ke Kereta Mudahkan Urusan

Pada Isnin, seorang wanita memuat naik video menunjukkan seorang pegawai bank cawangan Machang, Kelantan sanggup datang ke keretanya untuk memudahkan urusan ibunya untuk mengeluarkan duit di TikTok sehingga mendapat perhatian netizen.

Kad pengenalan tertinggal

Pemilik akaun @s.nass itu memberitahu bahawa ibunya merupakan pesakit strok namun tertinggal kad pengenalan asal di rumah yang memakan masa 2 jam perjalanan untuk pulang dan hanya mempunyai salinan saja bersamanya ketika itu.

Ada IC copy je. Nak balik rumah ambil kad IC, jauh. Ambil masa 2 jam pula. Tapi dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh.

Bukan saja proses menggunakan salinan kad pengenalan dibenarkan oleh pihak bank, malah salah seorang pegawai yang bertugas sanggup untuk datang ke kereta bagi memudahkan urusan pengeluaran wang dengan mengambil cap jari ibunya.

Komen netizen:

Tindakan pegawai bank itu mendapat pujian dari pengguna TikTok yang lain selepas ramai yang mengatakan ianya patut dijadikan sebagai contoh untuk membantu memudahkan urusan orang yang kurang berkemampuan dari segi fizikal.

Ni baru betul datang kat kereta. Bukan yang sakit terpaksa bawa masuk sekali dengan katil… Harus memiliki hati yang memahami sesama sendiri.

Video:

@s..nass terima kasih #cimbmachang memudahkan urusan kami #allahsayang #syukurselalu ♬ Cinta Bukan Hanya Harapan – ADE


Sumber: TikTo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*