Pelajar tolak masuk MRSM sebab m1skin… pilih jaga adik, mak ayah di rumah! Guru kagum ‘hidup daif, dia tetap cemerlang’

ANTARA perkara menyed1hkan dalam hidup apabila seseorang yang bijak tidak berpeluang untuk meneruskan pembelajaran disebabkan kekangan tertentu.

Dalam masa yang sama kita perlu juga sedar sebagai manusia kita tiada keupayaan untuk melawan coretan takdir.

Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, Kedah, Nurfatin Hanis Abdullah mengharungi jer1h-per1h untuk mengimbangi di antara tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan mencurah bakti kepada keluarga.

Keadaan rumah Nurfatin yang serba kekurangan.

Walaupun begitu, rintangan yang menggunung tidak pernah melunturkan semangat Nurfatin untuk meneruskan hidup.

Malah Nurfatin juga pernah memperoleh tempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetapi tidak diteruskan kerana keadaan keluarganya yang tidak mengizinkan.

Dalam satu perkongsian di media sosial oleh pemilik baharu Kedah FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar, pelajar berkenaan dikatakan mengambil tugas menghantar dan mengambil adiknya di sekolah dan dia adakalanya terpaksa p0nteng kelas.

Mohd Daud melawat rumah Nurfatin.

“Kadang-kadang Nurfatin tidak dapat hadir ke sekolah. Kenapa? Terpaksa hantar ayahnya buat fisioterapi. Apa-apa pun Nurfatin tetap cemerlang dalam pendidikan. Ibunya juga tidak sihat,” tulis Mohd Daud dalam hantarannya.

Nurfatin merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan bapanya lumpuh sebelah badan sejak awal tahun ini manakala ibunya menghidap depresi.

Mohd Daud juga menyifatkan keadaan rumahnya sebagai ‘d4if dan tervk’ dengan banyak lubang di bahagian bumbung serta lantai.

Tidak dinafikan Nurfatin adalah seorang pelajar yang sangat pandai

Pengetua SMK Sik

Pengetua SMK Sik ketika dihubungi mStar berkata Nurfatin adalah seorang pelajar yang bijak membahagikan masa.

“Dia sedar dia ada tanggungjawab kepada keluarganya di rumah. Jadi dekat sekolah memang dia fokus dan tak main-main. Semua kerja sekolah dia selesaikan terus tanpa berlengah.

“Keadaan rumahnya sangatlah tak kondusif. Bilik tak ada. Memang satu keluarga akan duduk berkumpul dekat tengah rumah. Nak belajar pun tak ada privacy.

Mohd Daud menyantuni Nurfatin

“Tidak dinafikan Nurfatin adalah seorang pelajar yang sangat pandai. Dalam batch dia ada 151 pelajar dan dia dapat tempat ke-3 dalam peperiksaan pertengahan tahun.

“Dengan kekangan yang dia ada tetapi masih mampu dapat pencapaian yang cemerlang. Sebab itu saya letak nama Nurfatin untuk diberikan penghormatan ini,” katanya bangga.

Difahamkan, pihak sekolah menyediakan makanan di kantin secara percuma untuk pelajar ini dan kosnya antara RM2.50 hingga RM4.80 setiap hari.

Sejak bapa Nurfatin diser4ng str0k, dia tidak dapat melakukan kerja-kerja kampung seperti biasa untuk mencari rezeki dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

Kini Nurfatin berpeluang mengubah nasib hidupnya apabila Kedah Darul Aman FC bersetuju membiayai kos pembelajarannya sebagai anak angkat mereka.

Mohd Daud ketika turun padang melawat rumah Nurfatin pada Ahad berkata air matanya mengalir membayangkan kecekalan pelajar itu.

“Kelopak mata saya terasa berat. Air mata halus mula menolak keluar. Saya datang ke sebuah rumah yang berlubang-lubang tapi berjumpa seorang hero hebat. Unsung hero.

“Fatin, kami dari pasukan bola sepak Kedah Darul Aman ingin mengambil Fatin sebagai anak angkat. Kami akan tanggung perbelanjaan Fatin sampai SPM,” kata Mohd Daud lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*