Projek Surau Dalam Rumah Siap Sepenuhnya, Nabil Ahmad Syukur Terharu

Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur apabila berjaya merialisasikan projek ruang surau idaman di dalam kediamannya.

Berita gembira itu dimaklumkan hos program MeleTOP ini menerusi satu perkongsian di Instagram baru-baru ini.

Nabil turut mengucapkan terima kasih kepada team yang bertanggungjawab menyiapkan surau idamanannya seperti yang diharapkan.

“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merialisasikan impian untuk siapkan surau ni memang kemas sangat workmanship!!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Semoga Allah balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin ya rob!!”, tulisnya sebagai kapsyen.

Lalu perkongsian berkenaan turut meraih rasa tumpang gembira daripada rakan artis dan peminat.

Malah, rakan pelakon Saharul Ridzwan dilihat turut memberikan responnya.

“Doakan saya jugak bang ada surau jugak dalam rumah,” tulis Saharul.

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*