Enggan masuk h0spital, Yana Samsudin sayu dengar alasan bapa… “Mungkin abah tahu dia nak pergi?”

EKORAN tahap kesihatan yang menurun, bapa pelakon Yana Samsudin dimasukkan ke h0spital bagi memantau keadaannya meskipun warga emas itu enggan berbuat demikian.

Yana atau Norliana Samsudin, 38, berkata, bapanya, Samsudin Jamuri tidak mahu mendapatkan raw4tan di h0spital kerana tidak mahu terlepas melakukan ibadah berjemaah bersama keluarga di rumah.

Namun kata Yana, demi kebaikan bapanya, dia terpaksa juga menghantar bapanya ke h0spital untuk mendapatkan raw4tan lanjut.

“Abah sedih saya bawa dia ke h0spital sebab katanya dekat sini tak dapat pergi solat Jumaat, tak dapat solat berjemaah lima waktu di rumah.

310994974_543129364479001_5970195429772586450_n

Bapa Yana Samsudin dimasukkan ke h0spital.

“Dia suka jadi imam lebih-lebih lagi bersama ibu, anak-anak dan cucu-cucunya yang berkumpul di rumah.

“Saya sedih, bukan p4ksa dia ke sini nak haIang buat ibadah tetapi demi memantau tahap kesihatannya. Mungkin dia tahu dia nak pergi? Sejak bulan September dia asyik tanya tarikh dan hari apa. Semuanya Allah maha mengetahui,” katanya.

Yana berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Yana memberitahu sebagai seorang anak dia tidak kuat melihat keadaan bapanya tetapi cuba berlapang d4da dengan ujian melanda mereka sekeluarga ketika ini.

Abah sedih Yana bawa dia ke h0spital. Dia kata dekat sini tak dapat pergi solat Jumaat.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

“Setiap kali saya s4kit atau berasa sedih, jarang sekali saya beritahu orang sebab memang tak suka, tetapi hari ini saya tak kuat, terlalu sedih.

“Saya cuba menerima kenyataan memohon pertolongan dari Allah dan doa daripada orang ramai, menjaga hati agat sentiasa dalam keredaan-Nya. Menyiapkan diri dan persiapkan diri.

“Anak abah ini tew4s. Semoga kami sekeluarga semua kuat, Insya Allah. Terima kasih atas pinjaman setakat ini, segala-galanya Allah. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Yana cuba berlapang dada tentang kesihatan bapa.

Menerusi hantaran sama, Yana turut mengharapkan doa daripada pengikutnya agar bapanya diberikan kesembuhan.

“Hari Jumaat yang berkah ini saya dengan tanpa rasa malu mohon doa kalian, sesiapa yang nampak hantaran ini untuk bapa saya Haji Samsudin Haji Jamuri supaya dipermudahkan segala urusannya dunia akhirat.

“Mohon ampun jika ada kesalahan yang pernah dibuat sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Saya sedar dalam dunia ini semua pinjaman Allah, sampai masa bila-bila Allah boleh ambil semula,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*