“Hanya RM5 dalam poket” Didie jual sate tepi jalan demi anak, ded4h keper1tan hidup yang ditanggung

KUALA LUMPUR: Pernah menjaja sate di tepi jalan dan menjual pakaian dal4man wanita di kel4b malam demi mencari sesuap rezeki untuk menanggung lima cahaya mata, namun, keper1tan hidup dilalui tidak diketahui ramai.

Berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal pada program Bicara Inspirasi Nona, pengacara dan pelakon popular, Didie Alias menyifatkan dugaan hidup menjadikannya sebagai wanita teguh seperti hari ini.

Didie berkata, dia pernah melalui tempoh sukar selepas bercer4i dengan bekas suami pertama yang juga aktor, Ridzuan Hashim.

Katanya, tidak hanya kerjaya seni yang dibina sejak menyertai pertandingan Dewi Remaja pada 1990 malap, malah turut diuji tiada pekerjaan.

“Saya menjual sate di tepi jalan kerana tiada siapa mahu ambil saya bekerja. Saya buat apa sahaja untuk anak-anak.

“Saya bekerja pagi, petang dan malam. Saya tidur beberapa jam hanya untuk membesarkan anak.

“Ia satu tanggungjawab yang besar. Jujurnya, ramai mengh1na dan menc4ci hanya kerana saya ibu tunggal. Tetapi, saya serahkan diri pada Allah dan berdoa agar tidak berputus asa selagi saya menjaga lima cahaya mata.

“Alhamdulillah, Allah tidak pernah putuskan kewangan saya biarpun hanya RM5 dalam poket. Dengan duit ini, saya suapkan makanan dalam mulut anak.

“Ketika itu, saya hanya mampu memberikan anak bubur dan garam. Itu pun sudah cukup untuk saya menggembirakan mereka,” katanya.

Tidak dapat menahan sebak berkongsi pengalamannya, Didie turut memaklumkan pernah menjual pakaian dal4man wanita di kel4b malam demi membesarkan anak.

“Saya berniaga pakaian dalam di kelab malam. Saya ke Danok, Thailand membeli pakaian dalaman wanita dan menjualnya di kel4b.

“Tetapi, saya tidak bekerja dalam kelab. Ia bermakna rezeki ada di mana-mana dan saya buat apa sahaja demi anak. Allah berikan saya amanah lima cahaya mata untuk dijaga, jadi saya percaya rezeki yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, Didie dan Ridzuan yang juga pelakon popular era 1990-an mendirikan rumah tangga pada 1991 sebelum berpisah pada 2000.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata, Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Kini, pelakon Takdir Yang Tertulis dan Cukup D3rita Itu sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Norisham Ismail pada Mei 2009.

Kata Didie, dia berkongsi pengalaman hidupnya sebagai pengajaran dan motivasi kepada ibu tunggal.

Baginya, setiap yang berlaku ada hikmah dan pasti ada sinar dalam dugaan yang Allah berikan.

“Saya berkongsi pengalaman bagi memberikan semangat kepada wanita. Bukan mudah untuk saya menjadi senang. Kalau tidak berusaha dan jujur dengan apa yang dilakukan, jangan berangan nak senang.

“Ada masanya wanita mudah patah semangat disebabkan tiada orang kiri dan kanan. Sama seperti saya, tetapi Alhamdulillah Allah kurniakan seorang lelaki ketika saya hidup susah.

“Saya pernah dihalau rumah sewa sebab tak mampu nak bayar, berniaga sate berapa sen sangat keuntungan, lebih-lebih lagi, menanggung lima cahaya maya. Ketika itulah, Allah hadir seorang lelaki iaitu suami saya.

“Dialah orang yang sanggup keluarkan duit untuk membeli rumah untuk saya dan anak. Disebabkan itu, saya sangat terhutang budi kepadanya kerana terima saya sejak berniaga di tepi jalan,” katanya.

Berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal pada program Bicara Inspirasi Nona, Didie menyifatkan dugaan hidup menjadikannya sebagai wanita teguh seperti

Didie berkongsi pengalaman hidup ketika diundang sebagai panel jemputan pada programBicara Inspirasi Nona di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, kelmarin.

Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun program Nona ke-37.

Justeru, episod khas yang dikendalikan oleh Amyra Rosli dengan menampilkan panel jemputan dari pelbagai bidang, berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

Episod khas itu akan disiarkan pada 30 Oktober depan, jam 2 petang di TV3.

Sejak bersiaran di TV3, program Nona menjadi teman setia kepada kaum hawa dan sumber inspirasi kepada golongan usahawan dalam memulakan kerjaya.

Program juga tersenarai sebagai program televisyen wanita paling lama bersiaran di Malaysia dalam Malaysia Book of Records pada 28 Ogos 2005 ketika ulang tahun TV3 ke-20.

Bicara Inspirasi Nona dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh; Pengerusi Bernama, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima (OMNIA), Effendi Omar.

Majlis dimulakan sesi Sarapan Qalbu bersama Ustaz Harryanto Rizal Rokman sebelum diteruskan dengan sesi perkongsian panel jemputan.

Tidak hanya Didie, majlis itu turut menyaksikan perkongsian panel jemputan iaitu Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman; pakar perunding onkologi, Dr Mastura Md Yusof; Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pakar Perubatan Kesihatan Awam), Dr Noraryana Hassan serta pengasas Mamasab International Sdn Bhd, Siti Noor Sabrina Soobri.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Faizal Tahir dan Hael Husaini.

 

Sumber/Kredit : BH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://bartasangbad.site/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*