Penyanyi Akim Ahmad, 31, akhirnya berkongsi wajah penuh anak keduanya, Isa yang kini memasuki usia dua bulan.
Akim yang juga suami kepada penyanyi Stacy ‘belanja’ wajah Isa menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya buat tontonan umum.
Difahamkan Isa ketika itu dibawa oleh pasangan tersebut bagi mendapatkan sunt1kan bagi bayi.
Pada perkongsian sama, dapat dilihat wajah Isa persis wajah kakaknya, Eshaal sewaktu bayi dengan memiliki bentuk mata yang begitu bulat.
View this post on Instagram
Sementara itu, diruangan balas milik pelantun lagu Mewangi itu, rata-rata netizen cair melihat Isa dan memuji kecomelan wajah bayi itu.
Untuk info, Akim dan Stacy telah sah bergelar suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal yang kini berusia lima tahun.
Pasangan itu turut memiliki seorang anak angkat yang mesra dipanggil Beyya yang kini berusia sembilan tahun.
Manakala Isa pula, selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Gempak
Leave a Reply