“Aunty Fufa Mana Adik Bilal” Jebat Jayden Minta Nak Tengok Bilal Dengan Lofaa Cuit Hati Netizen

Gelagat anak selebriti kepada, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad yang diberi nama Jebat Jayden ini sememangnya sering mencuit hati peminat. Apatah lagi, Jebat Jayden yang semakin membesar dengan sangat comel dan bijak.

Ada-ada sahaja perbualannya yang tidak sekadar membuatkan peminat merasa ‘geram’ kerana kecomelannya namun pasti akan terhibur dengan kata-kata yang dikeluarkan. Selain sering dilihat bersama Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden juga sering diikuti ramai menerusi video Noor Nabila dan nampaknya kali ini Jebat Jayden mengundang rasa terhibur ramai lagi.

Jebat
Jebat Jayden bersama Noor Nabila.

Dalam pada Jebat Jayden yang dilihat bersiap sedia untuk memasak bersama Noor Nabila, nampaknya kelibat Neelofa turut mencuri tumpuan Jebat Jayden sendiri apabila ibu saudaranya yang disapa Aunty Fufa itu ditanyakan soalan.

Rupa-rupanya Jebat Jayden ingin melihat sepupunya yang diberi nama Muhammad Bilal kepada Neelofa. Percakapannya ketika meminta untuk melihat Bilal kepada Neelofa menyebabkan Jebat Jayden menghiburkan ramai dengan kecomelannya.

VIDEO:

@lofa.world hanya Jebat je boleh panggil Lofa “Aunty Fufa” ok!😝🤣 #Neelofa #FYP #JebatJayden #MuhammadBilalHaris ♬ original sound – lofa.world


Muat naik klip video pendek tersebut bagaimanapun memaparkan Jebat Jayden sempat melihat Bilal dalam telefon Neelofa manakala gelagat comel Jebat Jayden itu tular di platform TikTok dan Noor Nabila juga dipuji netizen kerana mengajar anaknya itu bercakap menggunakan bahasa Melayu.

“Suka tengok Nabila didik anaknya, cakap bahasa Melayu kan”

Jebat

“Sepupu dia pun…”

IMG_20221008_143429_1IMG_20221008_143508

“Budak comel…”

IMG_20221008_143534

“Untungnya Jebat…”

IMG_20221008_143625JebatIMG_20221008_143703

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*