‘Orang luar’ baik ajak tinggal sekali 15 tahun lalu, sanggup cuti tanpa gaji jaga masa s4kit – “Ada yang nak buat macam tu?”

“MANUSIA satu dalam sejuta”.

Begitulah kapsyen ditulis pada video yang menceritakan mengenai seorang warga emas, Samidah yang dijaga baik oleh wanita bukan daripada darah dagingnya sendiri sejak 15 tahun lalu.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok Kedidi_kakipalsu itu, wanita berkenaan memberitahu dia tinggal bersama adik angkatnya, Rosmawati.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Dia (Rosmawati) ni sebenarnya tak ada kena mengena dengan makcik, bukan saudara, bukan darah daging. Makcik keluarga ada tapi semua dah berkeluarga. Entah macam mana satu hari tu makcik bertemu dengan adik ni dekat sebuah kedai makan makan di Parit Raja.

“Ni semua kerja Allah… selepas berbual, dia cakap nak beli rumah tapi apabila difikirkan balik, dia duduk seorang. Dia tanya makcik duduk dengan siapa.

“Makcik cakap buat masa ni duduk dengan adik beradik tapi tak sedap la sebab mereka dah berkeluarga. Dia pelawalah makcik tinggal dengan di sini, kini dah lebih 15 tahun,” imbas Samidah mengenai detik pertemuannya dengan Rosmawati dalam satu sesi temubual.

Menurut Samidah, dia bersyukur ditakdirkan bertemu dengan Rosmawati yang menjaga kebajikannya sebagai wanita kurang upaya (OKU) dengan baik.

Menerusi video dikongsikan, dapat dilihat wanita ini telah hilang separuh kaki di sebelah kanan.

Gara-gara masalah amputasi dialami sejak dua tahun lalu, Samidah terpaksa mengesot untuk bergerak.

Katanya, dia tidak dapat berdiri terlalu lama kerana cepat berasa letih.

Ketika ditemubual dalam video tersebut, Samidah juga menceritakan tentang kebaikan adik angkatnya itu yang sanggup berkorban apa saja termasuklah mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan demi menjaganya ketika sakit.

“Syukurlah dipertemukan dengannya, kalau tak… tak tahu makcik kat mana sekarang. Makcik sakit sebulan dia ambil cuti tunggu makcik di hospital, tanpa gaji… ada orang nak buat (macam Rosmawati)?” kata Samidah, terharu.

Susulan perkongsian kisah makcik ini, warga maya menzahirkan rasa terharu dengan kebaikan dilakukan Rosmawati dan kesungguhannya menjaga Samidah yang tiada pertalian darah dengannya.

Samidah terpaksa mengesot untuk bergerak ke tandas.

“Allahuakbar mulianya hati dia. Lebih dari darah daging sendiri. Moga diberikan kemuliaan di akhirat nanti.

“Makcik pun mesti baik, Allah pertemukan dengan orang yang baik juga.

Betul kadang-kadang belum tentu darah daging nak jaga kita bila sakit pening.

NETIZEN

“Memang terbaik, walau tiada pertalian darah. Betullah satu dalam sejuta.

“Betul kadang-kadang belum tentu darah daging nak jaga kita bila sakit pening,” komen netizen pada video tular.

Komen netizen mengenai video tular.

Pemilik akaun yang berkongsi kisah makcik Samidah ini dipercayai merupakan sebuah syarikat membuat, memasang, membekal dan memberi perkhidmatan berkaitan kaki palsu.

Kunjungan ke kediaman Rosmawati di Taman Bintang, Johor itu dibuat bertujuan untuk memberikan kaki palsu kepada Samidah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*