Mak melenggang masuk butik, anak pula tiba-tiba tumpahkan ais krim! Staf ‘retails’ mengeluh penat layan pelanggan tak faham bahasa…

LAZIMNYA, kebanyakan premis akan meletakkan papan tanda melarang para pelanggan membawa masuk makanan atau minuman dari luar, khususnya butik.

Jelas sekali langkah tersebut adalah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku, misalnya produk atau barangan yang dipamerkan terkena kotoran atau insiden tumpahan akibat kecuaian pelanggan.

Bagi individu yang cakna dan mempunyai common sense yang tinggi, mereka akan akur dengan peraturan yang ditetapkan di premis berkenaan.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Namun terdapat segelintir individu yang mengambil remeh dan tidak mengendahkan peraturan tersebut meskipun ia jelas terpampang.

Lebih dikesalkan, bukan sahaja selamba membawa masuk makanan atau minuman ke dalam premis, malah ada pula yang ‘menarik muka’ apabila ditegur pekerja di premis berkenaan.

Hal yang sama dikongsikan seorang lelaki di TikTok, memaparkan gelagat pelanggan di butik tempatnya bekerja, baru-baru ini.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di aplikasi tersebut, kelihatan beberapa orang pelanggan termasuk kanak-kanak lelaki dengan sebelah tangan memegang ais krim, memasuki butik.

Tidak semena-mena, ais krim yang dipegang kanak-kanak lelaki berkenaan terjatuh ke lantai.

butik 2

Pekerja butik tersebut sedang membersihkan lantai sambil dibantu seorang wanita yang dipercayai penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.

Menerusi rakaman video tersebut juga, kelihatan pelanggan wanita yang datang bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut cuba membantu pekerja butik membersihkan sisa kotoran ais krim pada lantai.

“Ada la sebab kalau kita tegur ‘no food and drink allowed’. Apabila kita tegur, janganlah buat muka. Sebab memang selalu terjadi,” tulis pekerja berkenaan pada perkongsian videonya.

Tambahnya, insiden sedemikian adalah salah satu daripada ragam pelanggan yang perlu dihadapi setiap hari.

Pernah kena… budak mvntah. Mak bapa boleh buat tak tahu saja. Dah la bau bvsuk.

NETIZEN

“Yang kerja kedai retails saja faham. Itu belum yang angkut sekali dengan troli penuh barang masuk kedai kita yang sekangkang kera ni,” keluhnya lagi.

Sementara itu menerusi ruangan komen, ada di antara netizen yang berkongsi pengalaman sama ketika bekerja di butik.

“Pernah anak customer kencing dalam kedai… dah la tak pakai diapers, tak fasal kena cuci dan mop lantai. Nasib baik kenc1ng, kalau ber4k, aku suruh mak dia cuci.

“Lepas itu apabila kita tolong cuci, bukan nak ucap terima kasih.

butik 3

Ada antara netizen yang berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

“Anak-anak customer bawa ais krim masuk Mr DIY, kena dekat patung. Lepas itu barang semua defect tak terjual.

“Pernah kena… budak muntah. Mak bapa boleh buat tak tahu saja. Dah la bau busuk. Saya ger4m, perli pedas dekat orang tu,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian video berkenaan meraih sehingga melebihi 281,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*