Peniaga berlagak ‘kak long kawasan’ kena s4man? Tular foto gerai nasi lemak dikunjungi pihak berkuasa

MEDIA sosial kecoh pada Selasa selepas tularnya video memaparkan peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur diserang seorang lelaki dan wanita, dipercayai kerana berniaga menu serupa.

Dalam video tular berdurasi lebih 3 minit itu, dua individu berkenaan seolah-olah memberi amaran kepada peniaga wanita di gerai tersebut agar berhenti menjual menu nasi lemak.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sekarang isu dia satu je, awak berniaga benda sama yang kita jual. Rezeki lain-lain, masalahnya DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dah tegur hari tu,” ujar lelaki dalam video tular itu.

Seorang lagi wanita berkata: “Esok saya tak nak tengok nasi lemak ni ada kat sini okey. Faham. DBKL dah bagitahu kan? Dia cakap saya ada kuasa kat sini.

Video itu yang pada awalnya dikongsi menerusi TikTok turut tersebar secara meluas di Facebook dan Twitter sehingga mengundang kemarahan netizen.

Pada Rabu, seorang individu memuat naik foto, memaparkan gerai nasi lemak, dipercayai milik individu yang menyerang peniaga berkenaan dikunjungi oleh pihak berkuasa.

“Tu lah nak tutup periuk nasi orang lagi. Last-last kena kat diri sendiri plus bayar saman,” tulis individu itu yang berkongsi gambar menerusi Instagram Story.

Tangkap layar Instagram Story itu turut dikongsi ke Twitter sehingga menerima lebih seribu ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen menyatakan rasa puas hati apabila gerai milik peniaga yang angkuh itu didatangi pihak berkuasa hari ini.

“Memang puas hati tengok posting ni. Ambil pengajaran buat semua peniaga di luar sana. Jangan terpaling meniaga sangat. Kita ni bukan ada dekat atas sampai bila bila pun, anything boleh jatuh haha ini baru sikit.

“Bila timbul sifat dengki dan tidak ada rasa bertimbang rasa atas rezeki orang lain. Maka tuhan akan mendatangkan ujian adil buat hambanya.

“Jangan main main dengan netizen,” tulis beberapa individu di Twitter.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*