Pelakon kanak-kanak yang dahulunya sangat menjadi perhatian penonton di kaca televisyen, Puteri Balqis sehingga berjaya memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 akhirnya telah kembali aktif sebagai pelakon yang kini menjadi bintang remaja.
Mencecah usia 15 tahun, wajah Puteri Balqis kini menghujani di platform media sosial dan sering dipuji cantik namun ia seiring dengan bakatnya sekali gus menjadikan pelakon ini sentiasa mendapat sokongan ramai. Meskipun begitu, baru-baru ini Puteri Balqis sering dikatakan seperti adik-beradik dengan pelakon, Aedy Ashraf. Ia disebabkan wajah mereka yang dikatakan mempunyai iras.
Puteri Balqis dan Aedy Ashraf bagaimanapun mencuri tumpuan peminat mereka dan selain wajah Puteri Balqis pernah dilihat seperti pelakon Fasha Sandha, dia juga acap kali disebut mempunyai iras dengan pelakon filem Tentang Bulan itu.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, selepas perkongsian Instagram Drama Sangat yang menunjukkan kedua-dua pelakon tersebut bergandingan bersama dalam sebuah telefilem terbaharu berjudul Dania yang dapat disaksikan menerusi siaran TV3 membuatkan ramai begitu teruja.
Muat naik di Instagram (IG) Drama Sangat yang memaparkan sedikit sedutan telefilem Dania itu membuatkan ruangan komen pula dihujani dengan pelbagai reaksi senang peminat mereka yang akhirnya kedua-dua pelakon yang begitu popular sejak kecil itu digandingkan bersama.
“Suka dua adik adik ni sejak kecil…”
“Dah lama tak layan…”
“Aduhhh dua dua ni dah besar…”
“Dulu pernah ingat…”
Selain itu, anda juga jangan ketinggalan untuk mengikuti beberapa kisah menarik lain yang kami kongsikan seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: hcl
Leave a Reply