“Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini,” kata pelakon Sharifah Sakinah yang mengesahkan bakal bercerai dengan suaminya, Michael Hensen selepas memberi bayangan perkahwinan mereka akan berakhir.
Sakinah berkata, sepanjang tempoh tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Michael, hubungan mereka sering dilanda masalah selain hubungan jarak jauh menjadi antara punca perpisahan mereka. “Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.
“Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya,” katanya kepada satu portal berita. Terdahulu, Sakinah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memberi bayangan perkahwinannya dengan Michael sudah berakhir di Instagram.
Menurut Sakinah, dia membuat luahan itu kerana enggan timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini. “Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan,” katanya.
Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael Hansen. Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran pernikahan.
Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5. Sumber Hmetro.
Isu timbul tentang perkahwinan pelakon Sharifah Sakinah dan pasangannya Michael Hansen, jejaka dari Sweden. Setelah muatnaik satu caption mengatakan dia dan Michael tak boleh lagi jadi pasangan dan meletakkan ayat bahawa hubungan dah tamat, ramai yang mahu tahu kisah serta status mereka. Akhirnya menerusi satu laporan dari portal Kosmo Online, Sharifah Sakinah mengesahkan hal ini.
Adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah ni mengakui dia dan Michael Hansen akan berpisah. “Yes, kami berdua akan bercerai dan akan jalani kehidupan masing-masing. Jika ada jumpa lelaki lain selepas ini, bye-bye.” Dalam pada itu, Sharifah Sakinah juga akui, dia dan Michael Hansen sebenarnya dah bergelar sebagai pasangan suami isteri sejak hujung tahun 2020.
“Sebenarnya saya dah pun berkahwin dengan Michael Hansen sejak penghujung 2020. Selama tiga tahun kami dah bersama.” Jelasnya hubungan mereka ada turut naiknya, dan kini mengambil keputusan untuk berpisah. Sebelum ini, Sharifah Sakinah ada ditanya tentang status yang dimuatnaik oleh kakaknya Sharifah Shahirah.
Jelas Sharifah Shahirah yang mesra di sapa Shiera, selepas telefon, Sakinah tidak mahu menjawab dan berharap family tak campuri urusannya. “Saya tak ada lihat posting Sakinah tu di Instagram, saya dapat tahu setelah anak saya yang tunjuk, saya terus hubungi Sakinah.”
“Bila hubunginya untuk dapatkan kepastian, dia minta keluarga janganlah masuk campur urusannya itu.” “Apa yang Sakinah cakap, apa yang berlaku di internet, biarkan di internet saja. Saya pun tak tahu.” Jelas Shiera lagi, ahli keluara semua tenag saja tentang isu yang timbul ini.
“Semua ahli keluarga tenang-tenang saja tentang spekulasi ini, biarlah orang nak cakap apa pun. Biar sajalah dia yang mengesahkan perkara itu semua, bukan kerja saya pun.” Itulah kisah tentang Sharifah Sakinah dan juga perkahwinan dengan Michael Hansen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :https://www.aud1r8.com
Leave a Reply