Pertama Kali ‘Shooting’, Mira Filzah Syukur Anak Tak “Cranky’ – “Good Boy Mama, Suka Senyum!”

Pelakon jelita, Mira Filzah berkongsi pengalaman pertama putera sulungnya, Wan Khair Amir menjalani penggambaran iklan.

Menurut Mira, anakandanya yang hampir mencecah enam bulan dalam masa dua minggu lagi tidak menangis dan merengek sepanjang sesi penggambaran berlangsung.

“BismillahiMasya-Allah. Turning 6 months in two weeks time. Amir’s first shooting. Masya-Allah anak mama, good boy! Cukup tidur, bangun je terus senyum!

“Ni kita reshoot. But it was very quick sebab dah tahu angle and all. Masa awal-awal shoot pagi tu dia sleepy. Tak nangis pun, cranky pun tidak, cuma tak banyak gelak. Senyum sikit-sikit je,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Berkongsi lebih lanjut, Mira juga meluahkan rasa syukur kepada rakannya kerana berjaya membuat Amir tersenyum dan ketawa riang.

“Then Mira tukar baju bagi dia pakai tshirt selesa, minum susu, tidur. Mira sambung shoot apa yang patut sendiri. Bangun je nampak dia gelak-glak besar dengan @farhadiana terus decide nak reshoot!

“Nasib baik tshirt dia pakai warna biru. Tak payah tukar-tukar dah. Haha. Anak saya suka tengok you, senang kerja saya sissym” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)


Menjengah ke ruangan komen sebuah hantaran Mira, rata-rata netizen cair melihat senyuman Amir sehingga mereka tidak perasan kewujudan Mira disitu.

Mira berkahwin dengan ahli perniagaan, Wan Emir Astar pada September 2020 dikurniakan cahaya mata pertama Wan Khair Amir pada Mei lalu sering menjadi perhatian netizen dek kecomelan anaknya yang saling tidak tumpah seperti aktres Pujaan Hati Kanda ini.

 

SUMBER:xtra

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*