Baby Shima antara penyanyi yang namanya sering menjadi kontroversi. Biarpun Baby Shima bukanlah seorang yang sering mengundang kontroversi, namun ada sahaja yang tidak senang dengan anak seni seorang ini.
Mungkin juga disebabkan dunia teknologi kini, makin mudah kontroversi tercetus biarpun bukan niat untuk menimbulkannya. Malah sebelum ini Baby Shima sering dilabel dengan seorang yang agak seksi walaupun jika dilihat pakaiannya biasa-biasa sahaja.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Baby Shima tampil berbeza dalam persalinan baju tradisional menerusi perkongsian videonya di TikTok. Dalam rakaman itu kelihatan Baby Shima manis berbaju kurung sambil menari sopan mengikut trend di aplikasi berkenaan.
Berikut adalah muat naik menerusi akaun TikTok Baby Shima yang menjadi bualan hangat ramai itu:
@babyshimaofficial Shayang shorylahhh #babyshima #fyp ♬ bunyi asal – Nyap tahuk
Rakaman Baby Shima manis berbaju kurung ini telah membuatkan ramai memuji penyanyi dan pelakon ini. Ternyata ramai yang suka dengan penampilan sopan dan ayu Baby Shima ini.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan sopan Baby Shima ini. Berikut antaranya:
“Kan comel pakai cam ni. Nak menari ke ape ke pakai cam ni memang ayu. Terbaik”
“Kan manis pakai macam ni. Cantik ayu je tengok…”
“Comey la pakai pakaian sopan macam ni teruskan”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:hcl
Leave a Reply