MENJADI kebiasaan untuk seseorang itu mengomel ketika keadaan tegang atau tidak puas hati dalam sesuatu perkara.
Namun begitu, ada sesetengah individu yang reaksinya seperti lebih kuah dari sudu.
Begitulah apa yang dapat dilihat melalui sebuah video yang tular di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL memaparkan seorang wanita mengeluarkan kata kes4t ketika ketakutan.
Flying fox menuju ke neraka pic.twitter.com/aF779jde9m
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 25, 2022
Tangkap layar ciapan di Twitter.
Dalam video tersebut, wanita itu menyebut beberapa perkataan yang kurang enak didengar berulang kali ketika hendak ‘berlepas’ dalam permainan luncur keluang (flying fox).
Bagaimanapun, Farah, 27, atau lebih mesra disapa sebagai Ratu Farah Diva di media sosial berkata dia tidak berniat untuk memberikan reaksi melampau sebegitu.
“Waktu saya nak naik flying fox tu, bila saya dah sampai dekat atas menara, dah pakai alat keselamatan semua, saya jadi gayat.
“Dan kata-kata itu semua keluar secara spontan. Saya tak sengaja pun sebut semua benda itu.
“Dia macam bila kita melatah, automatik terkeluar kata-kata macam itu,” terangnya ketika dihubungi mStar.
Farah menegaskan apa yang dilihat dalam rakaman itu adalah reaksi semula jadi, susulan komen warga maya yang mend4kwa dia menc4rut dengan sengaja.
“Biasalah kalau time kita takut, mesti akan menjerit apa semua. Saya pun tak mahu nak keluarkan kata-kata tu semua.
“Tapi dia spontan, tersebut dan terkeluar,” katanya
Kalau orang lain menc4rut, tak ada mereka (netizen) nak mar4h pula.
Farah
Mengulas komen netizen yang mencadangkan agar Farah menyebut ungkapan baik dan suci seperti beristighfar ketika ketakutan, dia berkata perkara itu bukan mudah untuk dikawal.
“Cuba mereka tukar tempat dengan saya dan naik benda ini (flying fox), entah-entah mereka pun tetiba tersebut juga. Kita tak akan pernah tahu,” soalnya.
Dalam masa sama, Farah mengakui dia agak terkilan kerana statusnya sebagai seorang pencipta kandungan di TikTok telah menyebabkan dia kerap dihakimi oleh warga maya.
“Saya pelik, saya tak sengaja termaki tetapi semua nak marah saya. Kalau orang lain mencarut, tak ada mereka (netizen) nak marah pula,” luahnya kecewa.
Farah berjanji dia akan berwaspada selepas ini dalam berkata-kata.
Farah berkata dia sentiasa mencuba untuk membaiki diri dan berharap orang ramai akan menyokongnya.
“Saya minta maaf sebab terkeluar kata-kata kesat itu. Mungkin semua marah sebab saya pakai tudung. Lepas ini kalau saya naik benda gayat, saya akan cuba kawal mulut.
“Saya harap orang ramai akan bantu untuk support saya,” katanya.
Antara komen netizen di laman Twitter.
Selain itu, netizen di media sosial juga tanpa belas kasihan membidas pertuturan Farah kerana bagi mereka ia seperti dibuat-dbuat dan hendak mengejar populariti.
“Benda la dia ni, boring do dia ni. Try hard gila rasa diri dia lawak. Elok-elok sikitlah. Istighfar la dik oii bukan menc4rut
“Macam fake je reaction takut dia tu. Macam ter-overreacting.
“Aku tak rasa dia ni kelakar pun tapi ada juga yang support,” antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:MSTAR
Leave a Reply