[V] Bayi 3 bulan tiru mimik muka bapanya, ibu akui dulu tak tahu pasal ‘kenan’ – “Mulanya terhibur, lama-lama meluat pula”

KE mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.

Perumpamaan ini sesuai bagi menggambarkan kisah seorang bayi yang baru berusia tiga bulan tetapi sudah pandai meniru tabiat bapanya.

Gelagat Rais Irfan Muhammad Naqib yang mesra dipanggil Rais membuat mimik muka seperti dilakukan bapanya mencuit hati ramai pengguna TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Bercakap kepada mStar, pemilik video tersebut Intan Nurazieka, 26 berkata, sejak dilahirkan anak pertamanya Rais sememangnya suka mengenyit mata dan keluarkan lidah sambil tersenyum.

Tambahnya lagi, pada mulanya dia tidak menyedari perkara ini, sehinggalah suaminya, Muhammad Naqib yang lebih kerap bermain dengan Rais sedar tentang tabiat anak mereka itu.

“Mula-mula saya saja rakam gelagat Rais, tak sangka pulak waktu tu dia senyum kenyit mata sambil keluarkan lidah, lepas tu baru perasan dia suka buat mimik muka begitu.

“Memang sama macam suami saya buat waktu mengandung dulu, terhibur juga saya.

“Nak kata kerap, tak la kerap sangat Rais buat muka macam tu… tapi kalau senyum mesti dia akan kenyit mata,” ujarnya.

K2

Intan sekeluarga tinggal di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Menurut Intan, suaminya yang berumur 26 tahun memang gemar buat mimik muka seperti itu untuk menghiburkan dirinya sewaktu Rais masih di dalam perut.

“Mula-mula saya terhibur juga bila suami buat muka macam tu, tapi bila lama-lama rasa meluat pula.

“Tak sangka pula tabiat tu terkenan dekat anak saya,

“Sebelum ni memang saya tak tahu pasal ‘terkenan’ ni, maklumlah baru nak ada anak, bila jadi macam ni barulah saya tahu maksudnya,” katanya.

Menurut wanita yang tinggal di Teluk Panglima Garang, Selangor ini, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk semasa mengandung, malah masih boleh bekerja sewaktu kandungan berusia sembilan bulan.

Tambahnya lagi, dia seorang yang gemar melakukan semua perkara sendiri namun bertuah kerana semasa mengandung suaminya memberikan perhatian dan kasih sayang yang lebih serta luar biasa.

Dalam pada itu, video itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen yang terhibur melihat kecomelan bayi yang berusia itu.

“Sekali dengan aku nak kenyit mata tengok baby ni.

“Perangai ayah sangat ni, comel baby.

“Comelnya, semoga membesar dengan sihat ye Rais.

“Comel dah pandai ikut ayahnya,” demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Netizen turut berkongsi kisah-kisah yang menggelikan hati semasa mengandungkan anak mereka.

“Ingat lagi masa mengandung anak last, suami suka gigit-gigit, sekali anak pun ikut gigit.

“Suami aku suka tengok cerita Naruto, dua-dua anak aku berlari tangan ke belakang macam Naruto.

“Jadi dekat anak first saya. Abah dia suka buat hidung kembang, sudah anak menurun abah dia,” antara komen warga maya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*