SALAH satu perkara yang membuatkan seseorang ‘bertahan’ di tempat kerja adalah kerana mempunyai rakan-rakan serta persekitaran yang positif.
Lebih gembira apabila hari istimewa tertentu turut diraikan beramai-ramai oleh rakan sekerja.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Afiq Raffali, mengenai majlis perpisahan yang diadakan bersama rakan-rakan lain bagi meraikan seorang pekerja ‘veteran’ berusia 87 tahun yang bakal bersara.
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, jelas kelihatan pekerja lelaki yang digelar ‘uncle’ itu begitu terharu apabila diraikan dalam sambutan kecil-kecilan.
Berkongsi cerita dengan mStar, Afiq berkata sambutan tersebut diadakan pada 31 Oktober lalu, bersempena hari terakhir pekerja tersebut sebagai seorang kru di restoran makanan segera di Singapura.
“Nama uncle tersebut Ngew Cheng tapi kami selalu panggil dia uncle saja. Dia kerja tak lama, dalam lapan bulan tapi kami tak sampai hati nak suruh dia teruskan kerja sebab umur dia, so kami buat farewell retirement untuknya sebagai tanda menghargai dia.
“Majlis farewell itu idea bos saya, Encik Vel dan dia adalah pengurus restoran tempat saya bekerja. Dalam video semua adalah team management,” kata lelaki berusia 28 tahun ini.
Selain diraikan ketika majlis tertentu, kakitangan turut diberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan.
Menurut Afiq yang juga pengurus di restoran berkenaan, majlis tersebut dirancang tanpa pengetahuan Uncle Ngew, sekali gus membuatkan lelaki tersebut begitu terharu.
“Reaksi uncle sangat sedih, dia pun tak expect kami buat farewell untuk dia. Ucapan kami semua supaya uncle jaga kesihatan, jaga badan, rehat di rumah.
“Kalau rasa rindu nak datang makan, datang je kami belanja. Sebenarnya di Singapura, perkara biasa senior citizen masih berkerja.
“Uncle kerja syif malam, lazimnya malam yang kerja ialah Malaysian dan semua adalah golongan yang lahir pada tahun 1990an.
Afiq sudah berkhidmat selama lapan tahun di restoran makanan segera berkenaan.
“Mereka selalu tolong uncle atau nasihat uncle jangan angkat barang berat. Satu benda yang kami rindu tentang uncle adalah uncle hari-hari lupa tempat nak punch card dekat mana,” ujarnya berseloroh.
Tambah Afiq lagi, sudah menjadi kebiasaan untuk team di restorannya meraikan hari-hari istimewa bagi menghargai pekerja.
“Dekat McDonalds Singapura, ramai perkerja yang berumur atas 50 tahun. Kami management team memang akan appreciate mereka, semua sambutan kami sambut… hari bapa, hari ibu, atau birthday mereka,” ujar Afiq yang berasal dari Kulai, Johor dan sudah lapan tahun mencari rezeki di negara berkenaan.
Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di aplikasi TikTok, Afiq berkata video tersebut secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni yang boleh dijadikan inspirasi mahupun teladan kepada orang lain.
“Kepada generasi Z, janganlah malas berkerja… sebab masih kuat dan masa muda inilah kita hustle simpan duit untuk masa depan.
“Orang sekarang ada kerja sibuk nak resign, tapi dari video tersebut, mungkin boleh bagi kesedaran dekat orang.
Bersama pengarah urusan yang juga bos nombr 1, Mr Ben Boh.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada bos saya… dia yang pencetus buat video tu dan untuk pengetahuan, video ni dah sampai kepada Pengarah Urusan McDonald’s Singapura dan dia repost dia akaun Facebook miliknya,” ujarnya lagi.
Sehingga kini video tersebut meraih melebihi 220,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply