Zamani selamat jalani pembed4han tulang belakang, isteri ucap terima kasih doa peminat

PENYANYI zamani dilaporkan selamat menjalani pembedah4n bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat peny4kit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Isteri bekas anggota kumpulan Slam itu, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu selain mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembed4han sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buatnya,” katanya.

zamani 2

Zamani sudah lama derit4 peny4kit tulang belakang.

Zamani, 51, dilaporkan menjalani pembedahan berkenaan selama dua jam setengah dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Berkongsi mengenai pembedahan itu sebelum ini, Zamani menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.

“Menurut kata doktor saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisioterapi.

“Untuk kembali pulih mungkin ambil masa selama tiga bulan. ia bergantung pada kekuatan antibodi,” jelasnya dalam satu majlis doa selamat yang berlansung pada minggu lalu.

Untuk rekod Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*