Biodata Nur Fathiah Syazwana Atau Lebih Dikenali Cleopatra

Nama : Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin

Nama panggilan : Cleopatra

Umur : 28 Tahun

Status : Ibu kepada 2 anak

Laman social Ig : Nur Fathiah Syazwana

Cleopatra atau nama penuhnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin merupakan salah seorang graduan dalam bidang pendidikan dan kini aktif dalam kegiatan perniagaan. Beliau yang berusia 28 tahun merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anaknya dan juga mengalas tanggungjawab sebagai ketua kepada semua keluarganya.

Beliau yang kini mula mengaktifkan dirinya dalam dunia politik, mengambil tempat untuk bertanding atas tiket calon bebas bagi pilihanraya parlimen pru-15 bagi kawasan Batu.

Berdasarkan perkongsian, Cleopatra mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan selain turut terbabit secara langsung sebagai individu utama dalam perancangan bidang berkenaan meskipun pendidikannya pernah terhenti kerana berkahwin di usia muda.


Dia juga merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pada 2021 sehingga kini di samping menyandang jawatan sebagai Pengarah Nova Defence Sdn Bhd sejak 2019.

Malah kesibukan diri dalam tugasan harian, tidak menghalang anak kelahiran Pulau Pinang ini terlibat dengan kerja-kerja amal seterusnya menjadi pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Antaranya Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Hetero Action Women Alliance (Hawa).

Difahamkan sebelum menubuhkan Hawa, dia banyak terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial serta pernah menyelesaikan pelbagai isu mahupun keperluan rakyat tanpa mengira bangsa, agama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: hcl

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*