Ramai Puji Fasih Cakap Korea, Daiyan Trisha Intai Peluang Berlakon Di Sana

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamakan berada di Korea Selatan dipercayai atas urusan kerja berdasarkan perkongsian yang dibuat menerusi video di TikTok serta beberapa gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


Jumpa pihak produksi Korea Selatan

Pada Isnin, Daiyan Trisha memuat naik video pendek yang memaparkan perjalanannya berjumpa dengan pihak produksi dari Korea Selatan iaitu Asia Lab bagi penggambaran bersama beberapa barisan pelakon di sana.

Malah, selebriti berusia 29 tahun itu turut meluahkan rasa gembira serta teruja apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama dengan pihak produksi berkenaan buat kali pertama.

Sangat gembira dapat berada di Seoul untuk bekerjasama dalam projek terbaharu dari Asia lab iaitu Asia. Pertama kali bekerja dengan pihak produksi Korea dan semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.

Ramai puji & ucap tahniah

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada orang ramai yang rata-rata bangga kerana Daiyan berjaya melebarkan bakatnya sehingga ke peringkat antarabangsa. Malah, tidak ketinggalan juga pujian yang diberikan kepadanya kerana tidak kekok dalam berbahasa Korea.

Bukan itu saja, turut ada juga peminat yang mengatakan bahawa mereka tidak sabar untuk melihat projek terbaharu Daiyan kelak kerana dipercayai pelakon, Sean Lee turut terlibat dalam pertemuan bersama dengan pihak produksi di Korea Selatan tersebut.

Komen Netizen:

Video:

@daiyantrisha22

filming with a korean production for the first time

♬ original sound – Daiyan Trisha


Sumber: Daiyan Trisha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*