Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menafikan dakwaan dia kini sedang h4mil anak kepada vokalis kumpulan NOAH iaitu Ariel. Malah, BCL juga meluahkan kekcewaan apabila ramai netizen mengkritlk bentuk badannya yang pada ketika itu perutnya sedang membuncit. Katanya, perut buncit tersebut adalah kesan daripada suka makan, bukannya h4mil.
“Saya lagi sedih bila orang ‘body shamlng’. Hey, saya makanlah! Baik, nak tengok? (Sambil berdiri dan menunjukkan perutnya).n“Ini biasalah, perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam,”ujar BCL. Katanya lagi, dia dan Ariel hanyalah bersahabat sahaja dan tidak lebih daripada itu.
“Dia kawan baik saya sahaja. Pada saya, netizen sekadar membuat gosip sekadar hiburan saja.
“Mereka tidak tahu dan tidak bersama saya setiap hari. Jadi, macam mana mereka tahu? Saya tak salahkan mereka tapi saya tak suka mereka mengatur hidup saya,”luah Bunga. Mengulas lanjut, balu kepada pelakon Ashraf Sinclair berkata berkemungkinan foto itu diambil dari sudut berbeza sehingga menampakkan perut buncitnya.
View this post on Instagram
“Mungkin perut saya sedang bloating atau sedang datang bulan ke? Semua kemungkinan itu boleh menyebabkan bentuk perut saya berubah,”katanya. Selebriti popular, Bunga Citra Lestari (BCL) sering menjadi sorotan media Indonesia dan setiap aktivitinya menjadi perbualan utama serta hangat terutamanya isu peribadi.
Terbaru, gambar-gambar BCL yang menampakkan perutnya agak buncit menjadi perbualan sedangkan dia dikenali sebagai individu yang aktif melakukan senaman kesihatan bagi mendapatkan fizikal menarik. Menerusi laporan Insertlive, penampilan BCL yang mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar ‘legging’ mencetuskan spekulasi dia sedang hamil kerana perutnya jelas kelihatan besar.
Ketika itu BCL sedang menjalani sesi ujian suara untuk sebuah konsert di Medan, Sumatera. Tanpa usul periksa, segelintir mereka percaya BCL sedang h4mil dan sudah pastinya nama Aeril Noah yang dikaitkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi terbabit. Pelbagai kenyataan memenuhi ruangan komen yang mengaitkan nama Ariel dengan video perut BCL yang kelihatan seperti orang hamil. “Jangan jangan sama Ariel,” tulis seorang warganet.
“Semakin besar perutnya. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” tulis seorang lagi warganet. Bagaimanapun, sebahagian warganet menegaskan yang dari dulu perut BCL memang kelihatan seperti yang terdapat di video itu.
Mereka menganggap penampakan perut BCL itu sebenarnya biasa saja. “Perutku kalau pakai baju seperti BCL juga nampak begini,” tulis seorang warganet. “Iya memang dari dulu perasan perutnya begitu,” tulis yang lain pula. Penyanyi Ariel Noah yang bergandingan dengan Bunga Citra Lestari atau BCL menerusi lagu Mencari Cinta mengakui sempat ‘jatuh cinta’ ketika menjalani penggambaran muzik video lagu itu.
Ketika itu memang ada babak dia dipeluk BCL. Perkara ini terbongk4r apabila Ariel yang juga penyanyi kumpulan Noah menjadi tetamu program The Sultan SCTV, baru-baru ini. Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham menceritakan pengalaman sebagai penyanyi yang beberapa kali berduet dengan penyanyi wanita cantik kepada hos program ini, Andre Taulany dan Raffi Ahmad. Awalnya, Raffi bertanyakan Ariel berkenaan hubungan dengan BCL yang terlalu akrab seperti bercinta dan bukan seperti sahabat.
“Jujur Ariel saat adegan video klip ini, sempat merasa gugup atau terbawa perasaan?” tanya Raffi. “Ini jawapannya cuma gugup serta perasaan berlebihan,” jawab Ariel amat berhati-hati. Bagaimanapun, Ariel berkata, dia amat profesional ketika bekerja walaupun sempat terbawa perasaan. Jawapan ini sekali gus membuat Raffi dan seisi studio tertawa. Ariel berkata, dia dan BCL masih dalam proses penghasilan muzik video untuk single terbarunya. Sumber Hmetro.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :https://onlinehours24.com
Leave a Reply