Safawi Rasid & Syifa Melvin Dah Selesai Mlm Berinai, Rupanya Ini Sebab Mereka Rahsiakn Perkahwinan

Selepas tersebar kad undangan majlis ijab dan qabul  pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, dan pasangannya juga pempengaruh Syifa Melvin, 28, yang difahamkan berlangsung malam ini, dikongsikan pula oleh seorang pemilik akaun Tik Tok, video malam berinai mereka.

Menerusi video dengan kapsyen ‘Malam Berinai Syifa Melvin & Safawi Rasid’ yang berdurasi 13 saat daripada akaun Tik Tok, miamia_mia11 itu, kedua-dua bakal pengantin tersenyum menunjukkan tangan mereka yang siap berinai.

@miamia_mia11 MALAM BERINAI SYIFA MELVIN DAN SAFAWI RASHID TAHNIAH SELAMAT PENGANTIN BARU #syifaxsafawi #syifamelvin #safawirashid #jdt #jdtfamily #johordarultakzim #selamatpengantinbaru ♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid

 

Meskipun kedua-duanya selesa ‘mengunci mulut’ mengenai hari terpenting mereka, namun pengaruh media sosial masa kini membuatkan semuanya sukar disembunyi dengan lancar.

Terdahulu, kisah perancangan perkahwinan pasangan popular ini begitu hangat diperkatakan di media sosial, terutama beberapa tarikh turut disebut- sebut, sebelum tersebar kad undangan majlis ijab dan qabul mereka yang bertarikh hari ini.

Difahamkan majlis pernikahan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam ini, dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan semakin hampir jugacsudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di  TikTok, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.

Video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan Safawi mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya, sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema.

Tidak hanya itu, kelibat Safawi sebagai tonggak utama JDT juga tidak muncul dalam barisan pemain skuad Harimau Selatan itu pada final Piala Malaysia menentang pasukan Selangor, malam kelmarin.

Begitu juga, nama pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu tiada langsung tertera dalam senarai barisan pemain yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), sekali gus menguatkan lagi spekulasi perkahwinan yang timbul.

Selain itu, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan, dengan terteranya nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.

Katanya, mereka risau dengan penyakit ain kerana tidak semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain.

Kami bukan nak berahsia tetapi kena faham la. Dari awal lagi, kami nak privasi.

Tak pernah pun expose kami bersama, kongsi gambar berdua ke. Yang gambar di media sosial itu mereka sunting bagi nampak kami duduk berdua.

Cuma kadang-kadang masa saya buat live, Safawi akan masuk. Itu saja. Tak ada pun mengatakan kami bersama.

Sebab kami takut dengan penyakit ain. Tak semua orang gembira, bila kita gembira. Kalau diikutkan tak mahu bagitahu pun. Bila dah official, baru akan dikongsikan.

Orang yang kahwin pun boleh bercerai. Inikan pula yang bercinta. Doakan yang baik-baik. Moga orang yang dalam live ini pun dikurniakan jodoh yang baik.

Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada Syifa gagal apabila WhatsApp yang dihantar tidak dibalas manakala Safawi pula hanya menjawab waalaikumussalam.

Terdahulu, kisah percintaan Safawi dan Syifa menjadi bualan orang ramai, namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa.

KOMEN NETIZEN:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :https://aznewstime.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*