Sejak berita tentang pelakon, Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rwatan Rapi (lCU) disebabkan jngkitan k.uman pada paru-paru, ramai rakan artis menguar-uarkan tahap kesihatan selebriti itu dan memohon orang ramai supaya dapat sama-sama mendoakan kesembuhannya.
Terbaharu, pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut menjelaskan keadaan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal di Instagram.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran terkini, Shahrulezad atau mesra disapa Budak Ijat memaklumkan tahap kesihatan Nad Zainal pada masa ini semakin baik berbanding semalam.
“Alhamdulillah, keadaan Nad semakin baik berbanding semalam.
“Kadar kebergantungan dia pada mesin 0ksigen semakin berkurangan. Iuka-Iuka di paru-parunya semakin sembuh. Paru-paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma, dktor tidak mahu mema.ksa sangat,”ujarnya.
Selain itu, Shahrulezad mengatakan sesekali aktres berusia 32 tahun itu ada membuka matanya sebelum tidur semula.
Mengulas lanjut, Shahrulezad bersyukur kerana pengambilan sebahagian ubat-ubatan sudah mula dikurangnya dan ada juga diberhentikan apabila melihat keadaan Nad yang semakin pulih.
“Syukur tak terhingga, Terima kasih Allah yang telah kabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Selain dari untuk Nanad sendiri, kita juga perlu doakan untuk mereka lain yang memerIukannya,”tulisnya di ruangan hantaran berkenaan.
Di kesempatan itu, dia yang juga penerbit tersohor mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan Nad Zainal.
“Hanya Allah sahaja yang mampu membaIas doa ikhlas kalian. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga,”luahnya.
Sementara itu, dia juga memberitahu akan mengadakan majlis bacaan doa selamat dan solat hajat untuk Nad Zainal bertempat di Masjid Al Mustaqim, Jalan Ampang Putra pada jam 6.45 petang.
*InsyaAllah besok petang kami akan mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat utk Nanad. Sesaper yg bekelapangan dijemput menghadirkan diri di
Bacaan doa selamat dan solat hajat akan dibuat selepas solat Maghrib yang diketuai oleh Imam Muhammad Azim Mohd Akhbar.
Sumber: Instagram @budakijat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : DBONGKAR
Leave a Reply