“Dapat Intai Dari Jauh..”-Aznil Nawawi Titip Rasa Syukur Lihat Keadaan Terkini Zamani

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dilihat memuatnaik satu perkongsian di Instagram mengenai keadaan terkini penyanyi, Zamani Slam yang sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya yang membengkok atau lebih dikenali sebagai peny4kit Scoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, awal November.

“Dapat Intai Dari Jauh Keadaan Zamani..”

Menurut Aznil, beliau menitipkan rasa syukur setelah melihat keadaan terkini Zamani menerusi Insta Stories isterinya, Juliana yang menunjukkan Zamani sudah dapat berdiri dan berjalan dengan sempurna.

“Alhamdulillah. Dapat intai dari jauh keadaan @zamanislam dan tengok dia dah sihat dan susuk tubuh kembali normal. Terima kasih yang memberi sumbangan dan yang tak putus-putus berdoa.”-Tulis Aznil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)


Dibanjiri Ucapan Syukur Peminat

Hantaran Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil turut dibanjiri dengan ucapan syukur oleh peminat, malah ramai yang turut meluahkan rasa kagum terhadap Pak Nil sebelum ini yang pernah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi membiayai kos pembedahan Zamani.

“Alhamdulillah. Berita yang sangat ditunggu-tunggu untuk lihat perkembangan dia. Terima kasih banyak-banyak Pak Nil buka peluang untuk buka tabung sama-sama bantu abang Zamani. Semoga segala kebaikan Pak Nil menjadi saksi di akhirat aaminn.”

“Alhamdulillah terima kasih buat Pak Nil juga, atas usaha Pak Nil. Semoga Zamani terus sihat hendaknya. Kembali bersinar seperti dulu-dulu.”

“Syukur la semua dah pulih. Pak Nil wajar dijadikan contoh untuk masyarakat . Membantu dengan apa juga cara.”

Sekadar info, Aznil Nawawi sebelum ini telah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi membiayai kos pembedahan Zamani. Jelas Pak Nil, beliau akui berasa runsing jika Zamani terpaksa bekerja keras untuk mengumpul dana, kerana ia akan lebih memudaratkan keadaan kesihatannya.

 

SUMBER:Murai

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*