Tabung Kec3masan Nad Zainal dilancarkan, bantu keluarga tampung kos raw4tan hospital

PRIHATIN dengan keadaan kesihatan Nad Zainal yang masih dirawat di hospital, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon berkenaan.

Pengarah yang juga merupakan sahabatnya, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan tabung tersebut adalah diwujudkan bagi kegunaan rawatannya di hospital pakar selain meringankan beban keluarganya.

“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya.

nadd1 - 1

Nad masih lagi menerima rawatan di hospital.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu bersama,” katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Kata Shahrulezad, individu yang menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) boleh menghantar emel resit kepada info@assiddiqaid.com.

Dalam pada itu, pengarah popular ini turut memohon agar peminat Nad tidak lupa untuk menitipkan doa dan berkongsi info tentang perkara ini supaya lebih ramai dapat membantu pelakon wanita berkenaan.

“Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” ujarnya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*