“Semua Itu Dvsta’ – Shuib Nafi Bakal Berkahwin Dengan Watie Hujung Tahun Ini

Pelawak dan penyampai radio, Shuib berasa terkejut apabila rakannya, Ajak memberitahu ada terdengar khabar angin yang mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Watie Hanifah pada hujung tahun ini.

Nak kahwin hujung tahun ini?

Menurut pemilik nama Shahmira Muhammad, Ajak terserempak dengan seorang pemilik katering yang mend4kwa Shuib sudah menempah makanan untuk majlis perkahwinannya itu.

Lima hari lalu Ajak ada bertanya adakah saya akan berkahwin hujung tahun ini. Ketika diajukan soalan itu, saya terpinga-pinga kerana tak faham apa yang cuba disampaikan.

Dia beritahu ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mend4kwa Shuib sudah menempah makanan untuk buat majlis perkahwinan sehingga pemilik itu turut beritahu jumlah tetamu yang bakal hadir.

Ujarnya lagi, jika benar dia bakal berkahwin, sudah pasti pelawak berusia 38 tahun itu akan memaklumkan kepada Ajak.

Malah, Shuib menegaskan bahawa cerita mengenai dia berjumpa dengan pemilik katering atau pereka fesyen adalah tidak benar.

Saya beritahu Ajak jika dia bakal berkahwin sudah tentu Ajak adalah individu terawal yang akan dimaklumkan. Malah ketika saya mula mengenali Watie, Ajak antara orang pertama yang saya kongsikan.

Jadi, kalau kata saya ada berjumpa pemilik katering atau tukang buat baju, semua itu adalah dvsta. Ada pihak yang buat fitn4h dengan ‘menjual’ cerita yang tidak betul.

Tiada perancangan dibuat

Dalam pada itu, Shuib turut menafikan khabar angin yang mend4kwa dia bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan kerana tiada sebarang perancang dibuat.

Belum ada sebarang perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu sebab saya nak pastikan anak-anak terima kehadirannya dahulu.

Perkenalan dua hingga tiga bulan belum cukup masak untuk menilai dia. Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar dan anak-anak serta mak saya pun suka dengan kehadirannya.

 

Sumber : Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*