Bakal tamatkn zaman solo, Akhirnya kak ogy dedah lelaki yang meminang beliau

Pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan. Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy mengakui kini hanya menghitung waktu menanti hari disiifatkan penuh bahagia itu.

Menerusi hantaran dalam Facebook, Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu. “Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)


Rata-rata pengikut di laman sosial itu turut mendoakan supaya dipermudahkan setiap apa yang dirancang dan sentiasa beroleh kebahagiaan.

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya,” kata Asry Azizan. “Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat,” kata Sharifah Meryam Al-Attas.

“Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira,” kata Eleen Arisha.

Dalam pada itu, Ogy turut memuatnaik hantaran sama di Instagram beserta kapsyen yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah,” katanya.

Namun hasil pemerhatian, Ogy sempat membalas beberapa komen warganet yang bertanyakan siapakah gerangan lelaki pilihannya itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://arenabolasepak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*