“Tinggi Penyepakk TokTi..” .. Sedang Sibuk Rakam Video Mua Thai, Afiyah Datang Review Makeup

Bila sudah bergelar anak selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan mereka sudah semestinya turut mendapat perhatian.

Terkena tempias ibunya, gelagat comel Aafiyah, anak sulung Dato’ Sri Siti Nurhaliya sudah pastinya mencuit perhatian ramai.

Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh Dato’ Siti yang sedang berlatih Muay Thai, tanpa sedar disab0taj anak kesayangannya itu yang dilihat sedang mencuba untuk melakukan tutorial make up.

“Bila ibu sibuk nak Muay Thai, Aafiyah sibuk nak join sama. Inilah hasilnya ye.. 😅🤣.

“MuayThai VS Makeup tutorial ghituu,” tulis Dato’ Siti di kapsyennya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Ketika sedang asyik menonton aksi lasak Dato’ Siti yang berlatih bersama jurulatihnya, peminat dihidangkan dengan kehadiran Aafiyah yang tiba-tiba muncul dengan gincu bibir merah terang.

Gelagat Aafiyah semememangnya comel. Dengan gincu di tangan, Aafiyah lantas mengenakan ke bibir mulusnya dengan yakin di dalam video ibunya. Comel

Tidak hanya bersolek dengan gincu merahnya bahkan Aafiyah turut lalu lalang sambil muncul beberapa kali dalam video yang dirakamkan ibunya. Memang comel.

Dalam pada itu, reaksi comel Aafiyah yang membuat cubaan tuturial make up itu sudah semestinya menarik perhatian ramai.

Terdahulu, Aafiyah anak sulung Dato Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dilahirkan pada 19 Mac 2018. Kini Aafiyah berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Pa&Ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*