“Manisnya bertut0p macam ini” Akhlrnya! Ramai ‘sejvk h4ti’ teng0k Leona bertelekung

Nama anak gadis pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering mendapat perhatian netizen di media sosial kerana penampilannya yang begitu seksi sehingga mencetuskan kritik4n dan cemuhan ramai.

Namun begitu, berbeza pula pada kali ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, kelihatan dia memakai telekung berwarna merah jambu sambil membuat sebuah konten telah berjaya meraih perhatian netizen.

@leonsmeonss

baru habis ngaji

♬ original sound – sped up sounds


Sejuk hati memandang

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terkejut apabila melihat penampilan menutup aurat gadis yang berusia 20 tahun itu di media sosial.

Macam ini baru la cantik!

Bukan itu sahaja, dalam video tanpa sebarang kapsyen tersebut, ramai yang memuji Leona kelihatan sangat cantik dan tidak melepaskan peluang dengan mendoakan Leona perlahan-lahan menutup auratnya dengan sempurna sebagai seorang wanita yang beragama islam.

Terdahulu, Azhar meluahkan rasa hairan memandangkan netizen sering mengkritik penampilan anaknya apabila kelihatan seksi, tetapi tidak pula meninggalkan pujian apabila Leona berpakaian sopan.

Malah, sebelum ini juga pelakon yang berusia 51 tahun itu mengakui sudah buntu untuk menasihati anak perempuannya untuk memperbaiki gaya penampilannya di khalayak umum.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok @leonsmeonss

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*