“Kami Ada 3 Orang Menantu Yang Hebat-Hebat, Cukuplah” – Ibu Syamsul Yusof

Perkongsian ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian apabila meluahkan rasa bangga memiliki tiga orang menantu hebat.

Menerusi satu entri di Insta Story, Patimah menyebut tiga nama menantunya termasuk Puteri Sarah namun nama isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar tiada dalam perkongsian itu.

“Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat. Cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana dan Aeisyah Zainal,” tulisnya.

Sebelum ini, Datin Patimah menyuarakan hasrat untuk melihat menantunya, Puteri Sarah bahagia dan keluar dari segala penderitaan.

Malah, Datin Patimah berkata dia bersedia untuk memaafkan Syamsul namun tidak keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya.

 

SUMBER:rotikaya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*