“Masalahnya Tahu Ke Kita Ni Tak Bahagia?. Sekarang Lebih Bahagia, Tenang Duit Tak Lesap” – Mawar Karim

Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim menafikan dakw4an netizen dirinya tidak bahagia selepas berpisah dengan aktor tersebut.

Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim berkata, dia bersyukur dengan kehidupan sekarang apabila tidak perlu lagi berdepan dengan situasi duitnya ‘lesap’.

“Masalahnya tahu ke kita ni tak bahagia? Pernah serumah atau pernah terkenal ke.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit sekarang tak habis lesap.

“Kalau banding dulu, faham sendirilah takkan nak kena cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu,” katanya menerusi satu coretan dalam ruangan komen Instagram.

Tambah usahawan itu lagi, dia kini bersyukur tidak lagi hidup ditipu.

“Yang penting kita tak kena tipu atau diperguna selama ini pun alhamdulillah buat kita bahagia,” tulisnya bagi menjawab komen seorang netizen yang mendakwa dia kelihatan tidak secantik dan sebahagia dahulu.

Mawar, 34, pada masa sama, menasihatkan orang ramai agar menyayangi diri sendiri lebih daripada orang lain.

“Apa pun nasihat saya jangan kasihankan orang, kasihankan diri sendiri kalau nak bahagia,” katanya.

Terdahulu, Fizo memaklumkan isterinya sekarang, Fazeera Nazri disahkan hamil lima bulan selepas bersalin anak pertama, Wan Khaleeda tujuh bulan lalu.

Sebelum bergelar suami kepada Fazeera, Fizo pernah berkahwin dengan Mawar namun bercer4i selepas 10 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam.

 

SUMBER:kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*