
Biarpun menggalas tugas berat mentadbir negara bukan penghalang bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim cvri masa bermain bersama cucu selepas waktu bekerja.
Melalui hantaran video di akaun TikTok Anwar semalam, gelagat beliau bermain bersama cucunya di rumah mencuit hati ramai pengguna media sosial.
Dengan berlatar belakang lagu ‘Apek Lompat’ dari filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee, dalam video berkenaan Anwar kelihatan bersahaja melayan kerenah cucu perempuannya bermain dengan kapsyen ‘tenang dengan cucu #balikkerja’.
Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mendoakan agar Anwar terus diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai pemimpin negara.
“Moga keluarga DSAI sentiasa dirahm4tiAllah SWT dilindungi selalu. Jaga kesihatan dan keselamatan selalu PMX kesayangan,” kata edzlyabah.
Video:
@anwaribrahimofficial Tenang dengan cucu #balikkerja ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML
“Comelnya…main dengan cucu, semoga dikurniakan kesihatan baik berpanjangan, Amin,” ujar Alia.
“Walaupun seharian kerja letih macam mana sekali pun masih boleh layan cucu, semoga diberikan kesihatan yang baik,” kata pemilik akaun Kechik.
Video berkenaan kini meraih 288,100 tanda suka dan 9,923 perkongsian di media sosial.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.kosmo.com.my/
Leave a Reply