“Saya kena tipu la” – Agong tepuk dahi, terhibur kena ‘prank’ dengan lelaki botak pakai rambut Naruto

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya disayangi rakyat jelata kerana sifat baginda yang berjiwa rakyat.

Terbaharu, video memaparkan seorang pemuda yang berjaya mencuit hati baginda turut meraih pujian ramai di media sosial.

@wanyoshiki

♬ Mutiara – Bonus Track – Mutiara


Dalam video berkenaan, baginda kelihatan sedang beramah mesra sambil memberikan sumbangan kepada orang ramai.

Tuah pemuda itu apabila dia berpeluang merakam foto bersama baginda.

Tuah pemuda itu apabila dia berpeluang merakam foto bersama baginda.

Sultan Abdullah kemudiannya tertarik melihat seorang pemuda dengan fesyen rambut warna kelabu sebelum bergurau senda dengannya.

“Ini untuk awak. Color rambut balik,” titah baginda sambil menghulurkan sekeping sampul.

Difahamkan baginda mengharapkan agar lelaki berkenaan kembali menukar rambutnya kepada warna hitam.

Suka tengok Tuanku bergurau dengan rakyat, mesra sangat.

NETIZEN

Pemuda itu kemudiannya tampil ke depan untuk merakam swafoto dengan baginda sebelum membuka topi rambut palsu berkenaan yang biasanya dipakai oleh peminat cosplay.

“Rambut betul ke ni? Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” baginda bertitah sambil meletakkan tangan di dahinya.

Seri Paduka Baginda kemudiannya menitahkan agar mereka mengambil gambar bersama buat kali kedua.

Orang ramai yang berada di kawasan itu turut kelihatan terhibur melihat aksi baginda yang terkena ‘prank’ secara tidak sengaja oleh lelaki berambut ala watak anime Naruto.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap merendah diri baginda yang disifatkan sangat dekat dengan hati msyarakat.

“Terbaik Agong pun. Allahuakhbar. Bagi duit suruh potong rambut, kena ‘prank’ dengan rakyat.

Baginda menyerahkan sampul yang dipercayai berisi wang kepada orang ramai.

Baginda ketika menyerahkan sumbangan kepada orang ramai.

“Agong paling sempoi, daulat Tuanku.

“Suka tengok Tuanku bergurau dengan rakyat, mesra sangat.

“Daulat Tuanku, kena ‘prank’ pula,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*