Ditegvr Fasal Cuci Pinggan.. Bibik Fad Bocey Lari Dari Rumah, Rupanya Dari Awal Memang ‘kaki Tember4ng’

Pembantu rumah kepada keluarga pelawak Fad Bocey dipercayai melarikan diri dan meninggalkan ketiga-tiga anak mereka di rumah sekitar jam 1:30 petang hari Rabu.

Jenis tidak boleh ditegur

Isteri kepada Fad iaitu Syaheera Rahman meluahkan rasa kesalnya menerusi perkongsian di Instagram (IG) dengan meminta agar orang awam turut membantu dalam usaha untuk mengesan pembantu rumahnya itu.

Pembantu tak kenang budi. Lari rumah pukul 1:30 petang. Siapa di kawasan Setia Alam, kalau ternampak, tolong pegang dia. Polis tengah giat ronda sekitar Setia Alam.

Difahamkan, pembantu rumahnya bertindak melarikan diri menerusi pintu belakang rumah selepas ditegur tentang kerja yang dilakukan di dapur.

Isunya berlaku pagi tadi, sebab kena tegur pasal basuh pinggan. Dia memang suka buat kerja kelam-kabut.

Syaheera turut berkongsikan klip rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pembantu rumahnya sempat menukar pakaian hitam sebelum melarikan diri.

T1pu kata suami kaki pukvl

Bukan itu sahaja, pembantu rumahnya itu juga dikatakan sanggup men1pu ejen pengurusan di Indonesia untuk bekerja di Malaysia dengan mengatakan dia kerap menjadi m4ngsa kegan4san rumah tangga.

Sekarang ni kasihan pula ejen dia di Indonesia. Suami bibik ni nak buat laporan sebab bawa masuk pembantu rumah ke Malaysia tanpa izin suami.

Selepas mengetahui hal sebenar daripada suami pembantu rumahnya, Syaheera turut meluahkan rasa kecewa kerana dia sanggup menipu mengenai kem4tian ibu bapa sedangkan mereka berdua masih lagi hidup.

Difahamkan, pembantu rumahnya belum ditemui hingga kini dan pihak polis juga masih lagi giat meneruskan carian untuk membawa pulang wanita tersebut.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Hasnur (@adamhasn27)


Sumber: Instagram

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*