
Puteri Sarah sedaya upaya membuktikan kepada orang ramai bahawa dia boleh ‘berdiri sendiri’ tanpa suami.
Dalam sesi Live baru-baru ini, Puteri Sarah menjawab pertanyaan daripada seorang individu mengenai pandangannya terhadap gelaran datin jika Syamsul Yusof mendapat gelaran datuk.
“Kak Sarah kesah tak kalau orang cakap nanti Syamsul jadi Datuk? Kak Sarah tak jadi Datin?” tanya individu tersebut.
Sarah menegaskan dia tidak mengambil kisah sama sekali gelaran datin itu kerana baginya ia tak penting memandangkan dia seorang wanita yang berdikari dalam mencari rezeki.
@s.mamamuda Kata² Hebat Dari SeOrang Wanita Hebat BiLa Dah Move Onnn Dari Cintanya…Sokong 200%💪👍👏#insantersakiti#Puterisarahliyana#wanitakuat#fyp#fyp#bismillahfyp ♬ bunyi asal – SingLeMama…🥀
“Kenapa pula saya nak kisah? Gelaran ke apa ia tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Yang penting saya bekerja, saya dapat duit sendiri, boleh beli apa saya nak, membeli belah ke apa.
“Yang paling saya nak bawa anak-anak pergi bercuti. Jadi bagi saya gelaran itu tidak penting, yang penting dalam beg banyak duit,” katanya.
View this post on Instagram
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
View this post on Instagram
Syamsul Yusof telah membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dia berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.
SUMBER:cari
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news
Leave a Reply