Adam Shahz dah empat bulan tak jumpa anak, hak penjagaan temui jalan buntu… Fatin Afeefa minta hormati pihak mahk4mah

KES tuntutan hak penjagaan anak pelakon Adam Shahz dan bekas isteri iaitu Fatin Afeefa nampaknya masih gagal menemui kata sepakat.

Justeru itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa menangguhkan kes berkenaan untuk sebutan kali kedua pada 17 April depan.

Meskipun belum menemui jalan penyelesaian, Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berharap agar proses mahkamah tersebut dipermudahkan.

326325398_184238820889221_8389574508246544194_n

Adam Shahz bersama peguam ketika ditemui di mahk4mah.

“Sejujurnya, saya memang mengharapkan perkara ini dipermudahkan untuk pihak saya dan pihak sebelah sana.

“Tapi mungkin ada syarat-syarat yang pihak Fatin tak setuju, jadi kita akan teruskan untuk sebutan kes kali kedua,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adam memberitahu dia sudah empat bulan tidak bersua muka dengan anaknya iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia lapan tahun.

Sementara itu, Fatin ketika ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan dan memilih untuk mengikut segala proses yang ditetapkan mahkam4h.

“Tiada apa yang saya nak cakap. Kita dah masuk mahk4mah jadi kita ikut saja proses mahkam4h.

“Saya pun tak nak bagi kenyataan yang akan makan diri. Jadi saya cuma akan menghormati pihak mahkamah dan saya rasa tiada apa lagi yang saya nak cakap,” katanya.

f831aee9-ed1c-4dc7-a6b3-dfeaae5af8d7

Adam Shahz hormati keputusan mahkam4h.

Sebelum ini, pelakon Filem Juvana itu gagal mencapai kata sepakat dengan Fatin ketika proses sulh dilakukan pada 28 Januari lalu.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*