Rumah tangga pasangan selebriti Neelofa dan suami, pendakwah bebas, PU Riz diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini hampir memasuki usia satu tahun pada Januari ini.
Berkongsi cerita, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata dia pada awalnya berkenan dengan nama Sulaiman yang ingin diberikan kepada anak sulungnya itu.
“Kalau nak tahu, nama pertama yang saya cadangkan pada suami untuk Bilal sebenarnya adalah Sulaiman.
“Saya sangat suka nama Sulaiman. Malah, dah ada pun beberapa hadiah yang kakak saya beri ada tulis Baby S (Sulaiman).
“Akhirnya kita (Neelofa dan Haris) tukar nama kepada Bilal,” katanya menerusi program bual bicara Next To Neelofa 2 yang disiarkan baru-baru ini.
Neelofa berkongsi ‘fun fact’ tersebut dalam episod yang memaparkan tetamu undangan iaitu pelakon Indonesia, Okit Setiana Dewi.
Video:
@seorangnur InsyaAllah adik Bilal nanti nama Sulaiman pulak 😁 #neelofa #okisetianadewi #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #nexttoneelofa ♬ Cinta Luar Biasa – Andmesh
Secara berselor0h, Neelofa berkata dia berkemungkinan akan ‘menyimpan’ nama Sulaiman untuk diberikan kepada anak keduanya kelak.
“Sulaiman mungkin insyaAllah nanti kalau ada rezeki lain,” katanya.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 27, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
KOMEN NETIZEN:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mediahiburan.my/
Leave a Reply