Kamal Adli sudah sedar, Uqasha Senrose perjelas kekeliru4n suami ditidurkan

PELAKON Uqasha Senrose tampil menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak berhubung kenyataannya yang mengatakan suaminya, Kamal Adli ditidurkan selepas cedera akibat diser4ng individu tidak dikenali menggunakan cota di Singapura pada malam Ahad.

Uqasha menjelaskan Kamal sebenarnya ditidurkan agar memudahkan doktor menjahit luka di bahagian kepala akibat serangan selepas mereka menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 bertempat di Singapore Expo, Singapura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)


“Kali terakhir Qasha (panggilan Uqasha) nak jelaskan Kamal ditidurkan untuk jalani pembedahan dan jahitan di kepala. Tolong jangan salah faham,” katanya.

Uqasha jelaskan keadaan suaminya selepas diser4ng.

Uqasha menjelaskan kekeliruan itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin.

Dalam perkongsian berbeza, Uqasha memaklumkan Kamal sudah pun sedar selepas ditidurkan sekali gus mengharapkan doa peminat demi keselamatan mereka suami isteri.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga memberitahu dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Alhamdulillah Kamal dah sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian. Yang lain Qasha dan Kamal serah pada polis untuk buat siasatan lanjut,” ujarnya.

Kamal Adli ceder4 selepas diser4ng individu tak dikenali.

Dalam kejadian itu, Kamal, 37, mengalami keceder4an di bahgian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diser4ng seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)


Aktor itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besar Changi Singapura bagi mendapatkan rawatan segera manakala susp3k kes tersebut sudah pun ditahan pihak berkuasa Singapura.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*