“Bini Nak M4mpus La, Nak Balik Tengok Anak…,” – Cari Driver Bujang Atau Duda Saja, Netizen Kurang Senang Bahasa Kasar Kak KM?

Usahawan dan personaliti media sosial sensasi, Liana Rosli mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia meletakkan syarat untuk hanya memilih lelaki bujang sebagai pemandu peribadinya.

Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, dia mahu pemandu peribadinya mampu memberikan sepenuh komitmen terhadap kerja tanpa memikirkan mengenai masalah-masalah lain di luar.

@llianarosli

Nak cari dreba

♬ original sound – KakKM_Official – Lianaroslishop


“Minta maaf, saya tak ambil perempuan. Saya memang mencari pemandu lelaki yang belum berkahwin ataupun duda.

“Saya tak nak masalah dikemudian hari seperti bini nak mati, bini nak mampus, nak balik rumah mentua la atau nak tengok anak,” katanya.

Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.

Malah, dia juga mahu pemandunya itu memiliki rupa paras yang tampan dan personaliti menarik.

“Saya tak nak dengar masalah-masalah macam tu. Saya nak lelaki bujang yang tiada komitmen apa-apa di luar sana. Yang penting muka tu elok sikit. Mudah untuk saya bawa ke tepi ke tengah,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, kritiria yang dimahukan Kak KM itu nyata menimbulkan rasa kurang senang segelintir netinzen.

Malah, mereka juga menganggap Kak KM seperti tidak bertimbang rasa dan agak sombong.

“Takutnya kerja dengan orang macam ni.

“Nak senang, bawa kereta sendiri.

“Cari yang single pun sama sahaja. Banyak juga masalah. Nak senang, suruh suami sahaja yang pandu.

“Susah juga nak cari yang tiada masalah. Setiap orang pasti ada masalah,” antara komen-komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang merasakan kritiria yang dimahukan Kak KM itu sangat berterus terang dan munasabah.

“Inilah sebabnya saya suka tengok Tik Tok Kak KM. Selalu berterus terang.

“Baik dia cakap awal-awal. Orang kata biar bergaduh dulu, jangan bergaduh kemudian. Bila dah habis nanti, baru cari pilihan kedua.

“Dengar macam kasar tapi untuk melancarkan urusan, inilah yang terbaik,” antara respon-respon netizen.

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan.

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Kak KM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*