
Shila Amzah tetap nak jual banglo yang ketika ini didiami keluarganya di Hulu Langat, Selangor.
Proses itu akan dilakukan selepas isu melibatkan ahli keluarganya yang sedang hangat diperkatakan reda.
Foto: IG
“Sha (Shila) memang akan kotakan apa yang Sha cakap.
“Saya dah ada rancangan yang bagus seperti yang semua tahu. Cuma tunggu masa saja untuk reda,” katanya di IG Story.
Shila juga menjelaska identiti sebenar seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Icha sering menjadi tanda tanya peminatnya.
Jelasnya, Icha tiada kaitan dengan kekasih adiknya iaitu Eiza sebaliknya sepupunya yang dijaga sejak kecil.
“Icha ini anak saudara Sha (Shila), anak sepupu Sha dekat kampung. Tapi dari kecil memang rapat dengan keluarga kita orang.
“Bila umur dua tahun kita orang ambil keputusan jaga sebab adik beradik dia ramai… sekolah semua. Memang baik budaknya. Eiza itu tiada kena mengena,” kongsinya.
Shila bagaimanapun tidak mengetahui hubungan sebenar adiknya bersama wanita berkenaan namun Eiza sentiasa ada di setiap acara keluarga sejak penceraian ibu bapanya.
Malah penyanyi Patah Seribu ini juga mengakui kurang selesa dengan sikap wanita berkenaan.
Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.
View this post on Instagram
Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.
Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.
Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Leave a Reply