

Sebelum ini, pelakon, Hafidz Roshdi tampil menegur bekas isterinya, Nurul Shuhada yang menggunakan foto lama mereka ketika masih bersama.
Berikutan daripada itu, Shuhada memberitahu perkongsian yang dimuatnya itu telah disusun oleh pihak pemasaran sebuah jenama dan dia tidak terlibat dengan jalan cerita serta konten yang ingin digunakan.
Kalau macam ni okay tak?
Terbaru, Shuhada dilihat memuat naik semula posting perubahan berat badannya. Ujar Shuhada, dia memakai baju yang sama cuma beratnya sahaja yang berubah. Lebih mencuri tumpuan, Shuhada memuat naik foto didukung oleh abangnya pula kali ini.
View this post on Instagram
Kalau macamni okay tak? Done terapung. Baju sama, orang yang sama. Berat je yang berbeza. Disclaimer: this is my handsome and one and only brother dunia akhirat.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan meminta Shuhada untuk tidak terapung terlalu lama.
Sumber: Shuhada
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Leave a Reply