[VIDEO] Majlis Akad Nikah Fizi Ali Buat Netizen Tersenyum – ‘Suasana Onz Sis!’

 

Di Instagram, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali memuat naik video majlis akad nikahnya yang berlangsung pada 23 Oktober yang lalu.

Menerusi video tersebut, Fizi berkongsi momen di mana isterinya, Siti Zulaikha sedang bersiap sebelum acara akad nikah bermula.

Sweet!

Bukan itu sahaja, video tersebut turut memperlihatkan Fizi yang berada dalam keadaan tenang ketika upacara akad nikah tersebut berlangsung.

Lebih mencuri tumpuan, pasangan ini sempat merakam momen bahagia mereka di sebuah pasar raya terkemuka di sekitar ibu kota. Fizi dan isteri juga kelihatan tidak kekok sama sekali ketika merakam momen tersebut di kawasan awam.

Ujar netizen, mereka turut tersenyum sebaik sahaja melihat raut wajah bahagia yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut. Jelas netizen lagi, suasana dan lokasi penggambaran yang dipilih oleh Fizi dan isteri sangat sesuai serta unik buat pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Video;

Menurut Fizi, dia berasa sangat bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan.

Alhamdulillah syukur. Banyak doakan yang baik-baik untuk kami. Tak terbalas satu-satu ucapan dan doa semua. Terima kasih semua. InsyAllah doa yang baik-baik kembali dekat korang juga.

Terdahulu, majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai itu dilihat berjalan dengan lancar.

Sumber: Fizi Ali

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*