“Rindu Mama Dan Papa, Maaf Busy Kerja,”-Puteri Sarah Tunjuk Mesej Dengan Yusof Haslam

 

Pelakon Puteri Sarah Liyana sangat bertuah apabila masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas mentua walaupun telah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Terbaru, Puteri Sarah berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan perbualannya dengan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam di Instagram Story.

Anggap sebagai menantu

Menerusi hantaran itu, Yusof tetap menganggap Puteri Sarah Liyana sebagai menantu dalam keluarganya. Selain itu, pemilik syarikat produksi Skop Production turut mengingatkan aktres berumur 37 tahun untuk menjaga kesihatan diri dan tidak terlalu bekerja keras.

Papa mama tetap anggap Sarah menantu kami. Kuatkan semangat. Jangan kerja kuat sangat. Jaga kesihatan, jangan stres sangat. Bahaya pada kesihatan.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengucapkan terima kasih atas keprihatianan yang diberikan Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail.

Maaf sibuk dengan kerja

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini mendoakan agar Yusof dan Patimah sentiasa dilindungi Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.

Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Kemudian, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.

Selepas bercerai, Puteri Sarah membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Megat Kamaruddin (@puterisarahliyana)


Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*