[VIDEO] Wany Hasrita Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali, Kongsi Pengalaman Naik ‘Flight’ Berdua Balik Kampung Suami

 

Penyanyi Wany Hasrita akhirnya terbuka untuk berkongsi wajah puteri sulungnya iaitu Aishah Al Iman kepada umum.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang untuk pulang ke kampung suaminya di Kuching, Sarawak.

Bawa anak naik flight

Semalam, saya balik ke Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. MasyaAllah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.

Terus go high pitch. Alhamdulillah, walaupun sangat mencabar, tapi Allah mudahkan, Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu.

Kita dah la jenis cepat nervous. Alhamdulullah Aishah, kita dah sampai Kuching, sekarang ibu nervous nak bawa Aishah balik KL pula.

VIDEO;

Pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama yang diberi nama Aishah Al Iman secara normal pada pukul 7.14 petang

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*