Pelajar Maut Dibelasah: Keluarga Masih Terkejut, Mohon Diberi Ruang.

KELUARGA remaja lelaki berusia 17 tahun yang maut akibat dipukul di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu pada Jumaat, masih berada dalam keadaan tidak percaya dan terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa.

Ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Lahad Datu, mereka yang tidak dapat menahan kesedihan memberitahu masih belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan buat masa ini.

Salah seorang ahli keluarga mangsa berkata, mereka masih cuba memahami apa yang berlaku sehingga membawa kepada kematiannya.

“Buat masa ini, kami tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan, harap maklum,” demikian kata-kata seorang ahli keluarga mangsa kepada pemberita.

Terdahulu, media melaporkan Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai di asrama oleh warden kira-kira 6.50 pagi Jumaat (22 Mac).

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan selepas pihak kolej memaklumkan polis mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata terdapat kecederaan dan lebam di badan mangsa.

Beliau berkata, polis percaya berlaku pergaduhan antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain berikutan salah faham gara-gara pengecas telefon pintar.

Beliau berkata, seramai 13 orang pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun, ditahan bagi membantu siasatan manakala pengecas telefon pintar turut dirampas.

Rohan turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes berkenaan, sambil menambah, pihak polis sedang menjalankan siastan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*