SEORANG lelaki nekad menceraikan isteri yang dikahwininya selama 16 tahun, selepas mengetahui bahawa ketiga-tiga zuriat yang dilahirkan wanita tersebut bukan anak kandungnya.
Chen Zhixian dari wilayah Jianxi, China berkahwin dengan wanita bernama Yu Hua pada Disember 2007.
Tanpa disedari Chen, Yu Hua sebenarnya sudah hamil ketika mereka berkahwin.
Lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu di luar kawasan dan hanya sesekali pulang ke rumah, mula mengesyaki kecurangan isterinya saat wanita itu memaklumkan dirinya hamil cahaya mata kedua pada 2019.
Bagaimanapun Yu Hua menafikan dirinya berlaku curang ketika diminta berterus terang.
Segala-galanya terbongkar apabila Yu Hua bersalin bayi ketiga pada 2022 di mana Chen mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Wu.
Dia mengupah seorang peguam untuk menyiasat kelahiran ‘anak ketiganya’ di hospital di Shangrao City.
Ternyata firasat Chen tepat apabila tandatangannya dipalsukan pada dokumen kelahiran bayi berkenaan, kononnya dia adalah bapa kepada bayi tersebut.
Bagi mengukuhkan lagi sangkaannya, dia turut menjalankan ujian bersama ketiga-tiga ‘anaknya’ itu untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai pertalian darah.
Betapa luluh hati lelaki tersebut apabila hasil ujian mengesahkan tiada seorang pun daripada tiga ‘anaknya’ itu merupakan darah dagingnya.
Chen kemudian memfailkan penceraian selain membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk menuntut pampasan atas tekanan emosi yang dihadapinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit :mstar
Leave a Reply