Setelah hampir sebulan isu tentang stoking kalimah Allah yang dijual di KK Supermart, akhirnya kes ini dibicarakan di mahkamah untuk tindakan undang-undang.
Hari ini, kedai serbaneka KK Supermart telah memfailkan saman terhadap syarikat pembekal stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd (Xin Jian Chang), dan pengarahnya Soh Chin Huat.
Saman pembekal RM38 juta
Menerusi laporan Malaysiakini, KK Supermart telah menuntut rugi keseluruhan sekurang-kurangnya RM38 juta termasuk beberapa sebab dan aspek kerosakan lain yang berlaku sejak kontroversi stoking kalimah Allah itu tular.
Peguam rangkaian kedai serbaneka tersebut, David Gurupatham mengesahkan anak saman sivil tersebut difailkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Pihak KK Supermart juga mahu mendapatkan perintah agar syarikat pembekal stoking menanggung kerugian yang dialami oleh KK Supermart.
Saman kerosakan jenama dan lain-lain
KK Supermart mendakwa pembekal telah mengganggu perniagaan mereka secara tidak sah, menyebabkan kerosakan jenama termasuk pembatalan cadangan penyenaraian di Bursa Malaysia.
Difahamkan, KK Supermart mahu mendapatkan perintah agar syarikat pembekal menanggung kerugian yang dialami dengan menyerahkan kepada mahkamah untuk menilai kerugian daripada purata pendapatan perniagaan sebanyak RM1.5 juta seminggu.
Mereka telah membuat tuntutan lain termasuk RM10.5 juta bagi kerosakan nama baik syarikat dan RM20.3 juta disebabkan pembatalan cadangan di bursa saham serta beberapa ganti rugi teruk lain dan rugi punitif dan teladan.
Dalam kenyataan tuntutan, KK Supermart berkata pada 5 Februari yang lalu, syarikat pembekal telah memohon untuk membekalkan penutup lengan dan ia telah dipersetujui secara konsainan.
Di sebalik keterangan bertulis mengenai penutup lengan bersama kod barnya, pihak KK Supermart tidak pernah memberi kebenaran untuk konsainan dan kod bar itu digunakan untuk penjualan stoking yang menyentuh sensitiviti.
Pihak KK Supermart juga mendakwa syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd telah sengaja meletakkan stoking kalimah Allah itu tanpa pengetahuan kedai mereka di cawangan Bandar Sunway.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Lobak Merah
Leave a Reply