Kesihatan Merosot, Jaafar Onn Kini Guna Kerusi Roda

KUDRAT tidak segagah dahulu namun semangat pelakon Jaafar Onn terhadap dunia seni masih utuh dan belum terkubur.

Sudah 53 tahun berkecimpung dalam industri seni, Jaafar atau Jaafar Onn Awang, 73, berkata dia kini sudah tidak ghairah mengejar populariti, sebaliknya berkerja demi mencari sesuap nasi.

“Rindu tu memang pasti tapi selama 53 tahun dalam indusrti tiada istimewa pun, keghairahan pun tiada sebabnya popular, cantik, terkenal itu hanya sementara saja.

“Sekarang ini pun saya susah nak bergerak terpaksa guna kerusi roda, saya kalau boleh tak mahu susahkan sesiapa jadi kadang-kadang menitiskan air mata juga bila teringat,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek kali ini, mStar bersama penaja KPJ Health Care menziarahi kediaman pelakon itu bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

KPJ Health Care diwakili Ketua Bahagian Tanggungjawab Korporat, KPJ Healthcare Berhad, Mohd Nor Nor A Aziz meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama turun padang membantu anak seni yang memerlukan.

Program mStar Baek tajaan KPJ Health Care Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

 

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*