Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba kurang 2 minggu lagi, pengusaha bas ekspres sudah mula sibuk menerima tempahan tiket perjalanan ke seluruh negeri sekaligus menjadi peluang untuk mereka tingkatkan nilai keuntungan syarikat. Malang sekali, nampaknya ada pemandu yang terus dikerah tenaga demi mengejar banyak trip dalam masa sehari.
Seorang penumpang bas ekspres memaklumkan pemandu bas ugut brek mendadak dan pandu laju di Terowong Menora susulan terlalu penat apabila dipaksa mengejar trip perjalanan.
Ciapan tersebut dikongsi satu akaun di platform X milik Neko (From The Vault) apabila mendakwa bas terbabit telah dipandu laju dan berbahaya sehingga hal tersebut disedari penumpang-penumpang lain.
Terlalu penat dipaksa kejar trip oleh syarikat
Ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR), penumpang sempat bertanya tentang kondisi pemandu terbabit dan dia seakan meluahkan rasa kesal terhadap pengurusan syarikat kerana mengerahnya melakukan trip yang cukup banyak pada hari berkenaan.

Ada penumpang dengar pemandu bas ugut brek mendadak di telefon
Ujar pemandu itu, dia sudah melakukan trip dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Penang pada semalam hari sebelum bersambung ke TBS menuju Johor dan ke Penang semula tanpa ada pemandu kedua.
Dia juga berasa kejang di bahagian kaki dan taangannya tidak boleh bergerak berkemungkinan hampir strok kerana terlalu penat.
Pemandu itu memberitahu yang dirinya tidak kisah untuk diviralkan supaya pihak pengurusan dikenakan tindakan.

Pemandu bas ugut brek, pandu laju di Menora

Pemandu bas ugut brek mendadak biar semua mati
Video:
CERITANYAAAAAAAA….KALAU KORANG RAJIN BACA LAH YAAAAA AKU MALAS NAK EXPLAIN
BTW IM SAFELY ARRIVE AT PENANG CENTRAL YA…..
Last lah naik this bus. Bye bye billion star express. pic.twitter.com/Si1NgV2e9k
— Neko (From The Vault) (@shyasfxck) March 28, 2024
Menurut pengguna X itu lagi, dia bertanya kepada pemandu berkenaan kerana ada seorang penumpang wanita memberitahunya yang dia terdengar perbualan pemandu terbabit dalam keadaan marah apabila dikerah mengejar trip sehingga tidak berdaya.
Dia menyatakan yang pemandu bas ugut brek mendadak supaya kesemua penumpang kehilangan nyawa.
“Pastu aunty ni sembang dengan saya, dia cakap “I tak boleh tidurlah, lagu kuat sangat, lepaastu bawa lagu, driver bising cakap management teruk. Siap cakap nak tarik handbrake biar semua dalam bas mati” tulisnya.
Saran pemandu berhenti dan berehat sekejap
Susulan daripada itu, dia menyarankan agar pemandu terbabit berehat sebenar dan memberi peluang untuknya tidur kerana bimbang kejadian tidak diingin berlaku.
Difahamkan, mereka yang bergerak menuju ke Penang Sentral, Butterwoth itu telah selamat sampai walaupun dalam tempoh waktu yang agak lewat.

Kecam tindakan pengurusan syarikat
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengakui ‘seram’ jika ia berlaku kepada penumpang lain.
Mereka juga menyarakan agar syarikat pengurusan bas terbabit diperiksa agar tidak menganiaya pemandu disamping turut berkongsi pengalaman menaiki bas ekspres dari syarikat tersebut.

Anggap tindakan syarikat aniaya pemandu bas

Ada yang kongsi pengalaman sama

Banyak masalah naik bas tu

Sumber: X Neko (From The Vault)

Leave a Reply